Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SENYUM, KETAWA : PENAWAR 10001 SEGALA PENYAKIT

Senyuman dan ketawa adalah gerak balas daripada rangsangan tertentu yang biasanya mengambarkan kegembiraan.

Apabila kita senyum , tindak balas pada badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira.

ketawa
SENYUM, KETAWA : PENAWAR 10001 SEGALA PENYAKIT 2

Secara umumnya, senyuman boleh membawa kebaikan seperti :-

  • meningkatkan mood.
  • mengurangkan tekanan.
  • meningkatkan fungsi otak.
  • merendahkan tekanan darah.
  • melindungi jantung.
  • menjadikan anda berasa lega serta merta.
  • memperbaiki sistem pertahanan badan.
  • memperbaiki hubungan sosial

Kebaikan senyum dan ketawa

  • Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.  Apabila aliran darah ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi), ia menghasilkan kesan ‘gembira’.
  • Secara fisiologinya, senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan meregangkan otot di hujung mulut dan  dan sekeliling mata.  Apabila kita senyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi.
  • Senyuman ada kaitan dengan penghasilan endorfin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi; menjadikan seseorang itu lebih selesa dengan diri sendiri.
  • Pesakit yang sentiasa berfikiran positif, selalu senyum , mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan diberikan.
  • Tahukah anda kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 300 kali sehari berbanding orang dewasa hanya 17 kali sehari? Jadi, tidak hairanlah orang dewasa lebih mudah di serang penyakit dan mengalami masalah tekanan perasaan.
  • Kajian menunjukkan orang dewasa yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovascular sama seperti bersenam selama 10 minit  kerana apabila kita buat, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat.   Kemudian ia akan turun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  • Ini secara tidak langsung melancarkan aliran darah, meningkatkan daya ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit dan paras hormon epinefrin, kortisol dan dopamin akan menjadi normal.
  • Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (menghasilkan antibodi melawan penyakit).

Hasilnya, ia merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam                         darah  dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

  • Kajian  mendapati senyuman dan ketawa apabila berdepan tekanan dapat mengurangkan kesan tekanan emosi, boleh memperbaiki fungsi otak bagi melegakan tekanan.
  • Senyuman yang disudahi mengaktifkan kimia badan dan ini merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, artritis dan ulser.
  • Ia memberikan badan senaman yang baik kerana apabila ketawa ia akan membabitkan diafragm, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.  Ketawa akan menguatkan otot abdomen dan juga boleh membakar kalori seperti seperti kita bersenam beberapa minit.
  • Ketawa dikatakan mampu membantu memperbaiki fungsi usus, sekaligus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan.
  • Ketawa akan merangsang kedua-dua belah otak dan ini meningkatkan keupayaan untuk belajar.  Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Hidup ini tentu lebih muram jika tiada senyuman dan ketawa.  Malah sejak zaman dahulu lagi, pengamal perubatan percaya senyuman dan ia adalah penawar penyakit terbaik. Menurut sinar harian, ketawa sangat penting dalam kehidupan seharian kita.

Justeru, jangan kedekut dengan senyuman, walaupun pada orang tidak dikenali. Selain dari artikel ini, anda juga semestinya ingin membaca berkenaan dengan Stress Pembunuh Dalam Senyap yang sangat penting bagi kita semua.

Mulakan hari anda dengan senyuman, walaupun kepada diri sendiri.  Ia sangat bagus untuk dipraktikkan setiap hari untuk nampak awet muda, meningkatkan mood dan menceriakan hari anda.  Ia juga dapat memberikan banyak manfaat kepada kesihatan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More