Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Simptom COVID 19 : Apa Tanda-Tanda Awal Jangkitan?

Simptom COVID 19: Apa tanda-tanda awal jangkitan yang perlu kita ambil tahu, supaya kita tidak terlewat untuk mengambil tindakan sekiranya kita atau ahli keluarga terdekat dijangkiti virus COVID 19 ini?

Pandemik COVID 19

Simptom COVID 19 : Apa Tanda-Tanda Awal Jangkitan?

Tiada siapa menyangka novel coronavirus 2019 yang pada mulanya dikesan di Wuhan, provinsi Hubei, negara China pada bulan Disember 2019 telah menjadi punca kepada pandemik yang telah tersebar ke seluruh dunia. Pandemik yang mengejutkan dunia ini telah meragut lebih kurang 4 juta nyawa, dan menjangkiti 185 juta orang dalam hanya masa 1 tahun lebih. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada sistem kesihatan negara yang terlibat, malahan kepada perkembangan ekonomi setempat dan global.

Virus COVID 19

Simptom COVID 19 : Apa Tanda-Tanda Awal Jangkitan?
Gambaran Virus COVID 19: Sumber Pixabay

Bagi memahami tentang virus yang mengakibatkan penyakit coronavirus 2019 (COVID 19) ini, kita perlu fahami tentang coronavirus. Coronavirus (CoV) adalah merupakan sejenis virus yang mampu mengakibatkan jangkitan pada saluran pernafasan orang yang dijangkiti. Dalam keluarga coronavirus sendiri ada beberapa jenis seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS, 2002) dan Middle East Respiratory syndrome related coronavirus (MERS-CoV, 2012). Novel Coronavirus 2019 (COVID 19) ini adalah sejenis virus baru, dan berlainan daripada ahli keluarga coronavirus yang lain. Virus COVID 19 ini telah ditemui di China pada DIsember tahun 2019, bermula di Wuhan. Coronavirus adalah jenis virus yang mampu merebak melalui titisan air yang wujud apabila seseorang yang dijangkiti itu batuk atau bersin, ataupun percikan air liur mereka.

Bagaimana Cara Virus COVID 19 Merebak?

Simptom COVID 19 : Apa Tanda-Tanda Awal Jangkitan?

Coronavirus ini adalah jenis virus yang boleh berjangkit antara manusia melalui titisan air atau cecair pernafasan dari hidung atau mulut orang yang dijangkiti COVID 19 apabila mereka batuk, bersin atau menghembuskan nafas. Terdapat juga bukit bahawa jangkitan boleh berlaku apabila terdapat sentuhan dengan cecair pernafasan yang telah mencemari permukaan atau barangan, dan kemudiannya tangan yang sama menyentuh secara langsung mata, hidung ataupun mulut.

Simptom COVID 19

Oleh kerana virus COVID 19 ini mengakibatkan jangkitan pada saluran pernafasan seseorang, symptom dan tanda awal jangkitan banyak berhubung kait dengan gejala pernafasan. Oleh kerana itu, pengesanan dan diagnosis awal bagi virus COVID 19 menjadi agak mencabar kerana kebanyakan gejala adalah biasa dijumpai dan boleh jadi ianya adalah jangkitan influenza, sehinggalah ke pneumonia atau tuberculosis. Jadi, tumpuan utama selain kepada simptom COVID 19 dan tanda awal jangkitan adalah sekiranya pesakit mempunyai sebarang kontak rapat dengan mana-mana pesakit atau kes positif COVID 19.

Tempoh Inkubasi COVID 19

Tempoh inkubasi adalah satu tempoh masa dari saat seseorang itu dijangkiti virus COVID 19 sehinggalah dia mula menunjukkan tanda-tanda awal jangkitan. Selepas dijangkiti, simptom COVID 19 boleh mengambil masa sehingga 14 hari untuk muncul. Namun begitu, secara amnya, ia akan mengambil masa dalam 5 hari sebelum sebarang tanda awal muncul. Dalam tempoh ini, orang yang telah dijangkiti mampu menyebarkan virus COVID 19 kepada orang lain.

Simptom COVID 19 : Apa Tanda-Tanda Awal Jangkitan?

Apakah Simptom Umum COVID 19?

COVID 19 secara umumnya memberi kesan berbeza kepada setiap individu yang dijangkiti. Tanda awal atau simptom umum jangkitan COVID 19 termasuklah seperti:

  • Demam (lebih daripada 37.5ᵒCelsius) : Simptom ini boleh muncul seawal 3 – 5 hari selepas seseorang itu dijangkiti virus COVID 19. Ada kemungkinan simptom tidak dapat dikesan jika suhu badan tidak terlalu tinggi.
  • Batuk : Virus COVID 19 menyerang saluran pernafasan dan mengakibatkan kegatalan atau kerengsaan yang membawa kepada gejala batuk. Simptom ini juga boleh muncul seawal 3 – 5 hari selepas dijangkiti.
  • Keletihan : Simptom keletihan atau rasa lesu mungkin akan turut muncul dalam tempoh inkubasi virus COVID 19.

Apa Simptom Lain COVID 19?

Selain simptom umum, ada juga simptom lain yang digariskan World Health Organization (WHO), berdasarkan kepada rekod pesakit COVID 19 yang ada.

  • Sakit Badan : Simptom ini tidak begitu umum juga, namun boleh berlaku kepada individu yang dijangkiti.
  • Sakit Kepala: Simptom sakit kepala juga turut boleh berlaku, namun ia tidak sebegitu umu seperti simptom melibatkan saluran pernafasan.
  • Sakit Tekak: Simptom ini tidak begitu umum dan meluas, namun ianya hasil daripada jangkitan awal saluran pernafasan dan boleh muncul awal sama seperti simptom batuk.
  • Kehilangan rasa atau bau : Simptom ini juga mungkin berlaku, juga disebabkan jangkitan virus COVID 19 di saluran pernafasan.
  • Cirit birit
  • Kemerahan pada kulit, atau jari mahupun kuku bertukar warna

Simptom Serius COVID 19

Jika seseorang individu mengalami salah satu simptom serius ini, amatlah perlu untuk segera mendapatkan rawatan di hospital terdekat.

  • Sesak nafas : Simptom ini adalah hasil jangkitan pada paru-paru, bukan lagi jangkitan pada saluran pernafasan atas seperti hidung dan tekak. Jika seseorang itu mengalami gejala ini, adalah amat penting untuk mendapatkan rawatan segera di hospital. Simptom ini biasanya muncul selepas seminggu seseorang itu dijangkiti COVID 19.
  • Sakit dada atau tekanan pada dada
  • Kehilangan upaya untuk bertutur

Simptom COVID 19 : Apa Tanda-Tanda Awal Jangkitan?

Soalan Lazim Simptom COVID 19

Apakah rawatan bagi COVID 19?

Sehingga kini, masih tiada rawatan khusus untuk pesakit yang dijangkiti virus COVID 19. Rawatan yang diberikan hanyalah bagi meredakan simptom COVID 19, dan ada pesakit yang mampu untuk sembuh tanpa sebarang rawatan.

Bagaimana dengan antibiotik?

Penggunaan antibiotik tidak berkesan untuk melawan jangkitan virus, ia hanya berfungsi melawan jangkitan kuman (bakteria). Jadi antibiotik tidak berkesan untuk mencegah mahupun merawat jangkitan virus COVID 19.

Jadi apakah cara untuk melawan COVID 19?

Oleh kerana tiada ubat yang berkesan merawat jangkitan virus COVID 19, penjagaan kendiri amat penting dalam keadaan pandemik sekarang. Selain itu, program vaksinasi adalah kritikal dalam mengawal penularan virus COVID 19. Apabila semakin ramai yang mendapat vaksin, semakin ramai penduduk yang akan membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian terjadinya penyakit COVID 19 yang lebih teruk.

Cegah Jangkitan COVID 19

Simptom COVID 19 : Apa Tanda-Tanda Awal Jangkitan?

Amat penting untuk mengamalkan penjagaan kebersihan diri, dan memastikan penyebaran dapat dielakkan di kalangan masyarakat. Sejajar dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk hidup dengan norma baharu, berikut adalah cara untuk melindungi diri kita daripada jangkitan virus COVID 19 : Elakkan 3S (3C), amalkan 3W.

ELAKKAN (atau jika tidak dapat, jaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1meter)

  • Tempat Sesak (Crowded Place)
  • Tempat Sempit (Confined Space)
  • Sembang Dekat (Close Conversation)

AMALKAN

  • Cuci tangan dengan air dan sabun (Wash)
  • Pakai pelitup muka (Wear)
  • Beri amaran mengenai COVID 19 dan norma baharu (Warn)

Apabila jangkitan dapat dihentikan, dan rantaian penyebaran dapat diputuskan, jumlah pesakit dijangkiti COVID 19 akan berkurangan. Program vaksinasi juga akan membantu dalam mengembalikan kehidupan normal masyarakat apabila kadar vaksinasi mencapai 70%. Elakkan diri dan keluarga daripada terkena sebarang simptom COVID 19, pastikan amalan norma baharu diikuti dalam keadaan pandemik kini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More