Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sinus: Terdapat 4 Tahap Yang Perlu Diawasi

Kali ini kami akan kongsikan sedikit info berkaitan penyakit sinus yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Isi Kandungan

Apa Itu Sinus?

Sinusitis adalah inflamasi atau peradangan pada dinding sinus.

Sinus merupakan rongga kecil yang saling terhubung melalui saluran udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran tersebut mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.

Radang sinus pula adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga tersebut.

Radang sinus atau lebih dikenali ramai sebagai penyakit resdung ini sering terjadi pada semua orang termasuklah kanak-kanak.

Antara agen penyebab berlakunya radang ini adalah daripada

  • Virus.
  • Bakteria.
  • Kulat.
  • Alahan.
  • Iritasi Kimia.
  • Ketumbuhan dalam hidung (polyp).
Sinus: Terdapat 4 Tahap Yang Perlu Diawasi 1
Sinus

Tanda-Tanda Sinus

Antara tanda-tandanya adalah anda mengalami masalah-masalah seperti berikut:

  1. Sering mengalami hidung tersumbat.
  2. Mempunyai lendir dari hidung dan tekak.
  3. Sakit atau rasa berat pada wajah / muka terutama kawasan diantara mata.
  4. Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
  5. Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan.
  6. Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi dan gatal hidung.
  7. Mengalami jerawat di muka dan badan.
  8. Nafas berbau.
  9. Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur.
  10. Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain.

Periksa Tahap Sinus Anda!

Jika anda mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan diatas, anda boleh menyemak tahap sinusitis anda pula mengikut ketetapan jadual berikut.

Jenis TahapTanda-Tanda
Tahap Awal (Resdung Biasa)1. Bersin pagi-pagi.
2. Gatal-gatal di muka.
3. Allergic seafood atau belacan.
4. Hidung berair (kerap selsema).
Tahap Amaran (Resdung Badan)1. Jerawat pada muka.
2. Hingus berlendir.
3. Tekak berkahak.
4. Nafas berbau.
5. Kelemumur.
Tahap Serius (Resdung Akut)1. Asyik bau benda busuk.
2. Kerap sakit belakang.
3. Deria bau berkurangan.
4. Deria rasa berkurangan.
5. Gatal-gatal seluruh badan.
6. Jerawat belakang badan.
Tahap Kritikal (Resdung Komplikasi)1. Susah nak bernafas.
2. Suara makin perlahan atau tidak keluar suara.
3. Migrain.
4. Meningitis.
5. Kanser.
Sinus

Cara Rawatan Dan Pencegahan

Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan jika anda mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan diatas adalah

  • Jangan biarkan haiwan tidur bersama anda.
  • Kurang penggunaan karpet di rumah anda.
  • Jangan guna bahan dengan aroma yang kuat.
  • Kurangkan penggunaan hiasan fabrik (langsir) di persekitaran anda.
  • Jaga kebersihan rumah.
  • Tutup tingkap rumah.
  • Ambil antihistamine sebelum tidur.
  • Gunakan vakum dengan HEPA filter.
  • Sentiasa bersihkan penapis penghawa dingin.

Selain itu, doktor juga mungkin akan mengesyorkan rawatan seperti berikut untuk membantu melegakan gejala, termasuklah

  1. Semburan hidung dengan air garam komersial, untuk disemburkan ke dalam hidung anda beberapa kali sehari untuk membilas saluran hidung anda.
  2. Ubat semburan kortikosteroid (steroid) hidung. Semburan hidung ini membantu mencegah dan merawat keradangan hidung. Contohnya termasuk fluticasone, budesonide, mometasone dan beclomethasone.
  3. Ubat-ubatan ini boleh didapati dalam bentuk cairan, tablet dan semburan hidung. Gunakan dekongestan hidung hanya untuk beberapa hari sahaja (5 hari). Jika tidak, ia mungkin boleh menyebabkan pengembalian kesesakan hidung yang lebih teruk.
  4. Ubat tahan sakit, seperti paracetamol, ibuprofen dan lain-lain.
  5. Antibiotik biasanya tidak diperlukan untuk merawat sinusitis akut. Doktor mungkin akan pantau untuk melihat adakah sinusitis akut bertambah buruk sebelum menetapkan antibiotik. Walau bagaimanapun, gejala yang teruk, progresif atau berterusan mungkin memerlukan antibiotik. Sekiranya doktor telah menetapkan antibiotik, pastikan anda menghabiskan jumlah tempoh antibiotik yang ditetapkan walaupun gejala anda menjadi semakin baik. Sekiranya anda berhenti mengambilnya lebih awal, gejala resdung mungkin akan kembali.
  6. Rawatan resdung tradisional setakat ini masih tiada yang terbukti dapat meredakan gejala sinusitis akut. Telah dicadangkan bahawa produk yang mengandungi kombinasi ramuan herba mungkin boleh membantu. Kesan sampingan yang mungkin timbul dari produk herba ini termasuk sakit perut, cirit-birit dan alahan kulit. Berjumpa dengan doktor sebelum mengambil ubat herba bagi memastikan yang mereka selamat dan tidak akan berinteraksi dengan ubat yang anda ambil.

Jika tanda-tanda yang dinyatakan diatas sudah berlarutan lebih setahun, anda perlu risau dan sila dapatkan rawatan segera.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More