Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Chef Kongsi Ada 5 Jenis Sos Tiram Daripada Ekstrak Berbeza

Sos Tiram adalah sejenis sos masakan yang diperbuat daripada ekstrak tiram dan kebanyakan menu masakan makanan Cina, pasti terdapat beberapa jenis bahan yang menjadi rahsia atau penyedap.

Antara bahan yang sering digunakan dalam menu masakan makanan Cina adalah seperti minyak bijan, kicap cair, sos tiram dan lain-lain lagi.

Penambahan bahan seperti minyak bijan dan sos tersebut dalam masakan boleh membuatkan menu yang dihasilkan mempunyai rasa yang berbeza dan harum.

Yang paling biasa digunakan ialah perasa moden berwarna perang gelap likat diperbuat daripada gula, garam dan air yang dipekatkan dengan tepung jagung, berperisa dengan sedikit intipati atau ekstrak tiram.

Apabila bercakap tentang bahan tersebut, pasti ramai yang menggunakannya dalam masakan mereka. Namun tahukah anda, sos tersebut sebenarnya mempunyai pelbagai jenis dan kandungan ekstrak tiram yang dijual di pasaran adalah tidak sama.

Isi Kandungan

Terdapat 5 Jenis Sos Tiram Dipasaran

Untuk mengetahui jenis-jenis sos tersebut, mari ikuti perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Chef Amer yang telah berkongsikan tentang tersebut.

Menurut Chef Amer, terdapat lima jenis sos tiram yang dijual di pasaran Malaysia iaitu

  1. Sos Tiram
  2. Sos Perisa Tiram
  3. Sos Tiram Premium
  4. Sos Tiram Tiruan Sayuran
  5. Sos Berperisa Tiram Ekonomi

Adakah anda tahu satu persatu apa perbezaan antara lima jenis sos tersebut? Kalau tidak tahu, jom ikuti perkongsian dibawah!

Sos Tiram

Yang pertama adalah jenis sos tiram, di mana sos ini mengandungi ekstrak tiram lebih daripada 10 peratus tiram. Untuk sos ini, ia lebih memberikan rasa tiram yang sebenar berbanding beberapa jenis sos yang lain.

Antara jenama yang popular bagi sos jenis ini adalah Panda Lee Kum Kee.

Sos Tiram

Sos Perisa Tiram

Bagi jenis sos yang kedua adalah dikenali sebagai sos perisa tiram, di mana ekstrak tiram mengandungi kurang lima peratus dalam kandungan sos tersebut. Disebabkan kandungan tiram yang sedikit, sebab itulah sos jenis ini hanya dipanggil sebagai sos berperisa tiram sahaja.

Antara jenama yang terkenal bagi sos jenis ini adalah Maggie, Nona, Adabi dan Taste-me.

Sos Tiram

Sos Tiram

Sos Tiram Premium

Jenis yang ketiga pula dikenali sebagai sos tiram premium, di mana kandungan ekstrak tiram mengandungi sebanyak 40% rasa tiram. Untuk sos jenis ini, semestinya ia rasa lebih sedap dan mempunyai rasa tiram yang sebenarnya.

Sos jenis ini biasanya boleh didapati menerusi jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan).

Sos Tiram

Sos Tiram Tiruan Sayuran

Seterusnya, bagi yang jenis ini pula, ia tidak mengandungi ekstrak tiram dan sebaliknya ia digantikan dengan serbuk cendawan sebanyak satu peratus sahaja. Sos jenis ini biasanya sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup vegetarian.

Sos jenis ini boleh didapati menerusi jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee dan Taste-me.

Sos Tiram

Sos Berperisa Tiram Ekonomi

Bagi jenis sos yang terakhir ini, kandungan ekstrak tiram dikatakan sangat sedikit atau tiada langsung. Sos ini biasanya hanya sekadar mengandungi perasa dan kicap yang dicampur pemekat sahaja. Sos jenis ini juga dijual pada harga yang sangat murah di pasaran.

Antara jenama yang terkenal bagi sos jenis ini adalah Puteri, Emos, dan HTH.

Sos Tiram

Ekstrak Tiram Yang Berbeza Mempengaruhi Harga Produk

Selain itu, Chef Amer juga berkata bahawa kandungan ekstrak tiram yang berbeza turut mempengaruhi harga jualan produk tersebut.

Untuk mengetahui status Halal produk tersebut, pembaca juga dinasihatkan untuk memeriksa logo halal pada bungkusan produk yang dipasarkan.

Semoga perkongsian pada kali ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana untuk mengenali jenis-jenis sos tiram yang terdapat dan dijual dipasaran.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More