Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TERKINI TEMUDUGA TERBUKA GURU KAFA 2023

Temuduga Terbuka Guru Kafa 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut. Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bermaksud kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain bermula tahun 1 hingga tahun 6 yang berdaftar dengan Agensi Pelaksana (Pihak Berkuasa Agama Negeri) dengan menggunapakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan elaun Guru KAFA dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM.

Justeru, ini merupakan satu peluang keemasan kepada calon-calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Temuduga Terbuka Guru Kafa 2023

Isi Kandungan

Maklumat Temuduga Terbuka Guru Kafa 2023

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diketahui oleh semua calon-calon yang ingin menyertai Temuduga Terbuka Guru Kafa 2023 ini antaranya ialah:

Jawatan

Info Lanjut

Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)
  • Nama Majikan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Lokasi Kekosongan: Kelantan
  • Status Pelantikan: Kontrak
  • Kelulusan Minimum : SPM dan keatas (Diploma/Ijazah)
  • Tarikh Permohonan: 16 Februari 2023 (Bermula 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi)

Syarat/Kelayakan Permohonan

Makluman kepada semua calon-calon yang ingin membuat permohonan dan menyertai Temuduga Terbuka Guru Kafa 2023, syarat-syarat dan kelayakan permohonan adalah seperti yang berikut:

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan keatas
  • Pemohon mempunyai kelayakan akademik minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan keatas iaitu sebaik-baiknya Diploma atau Ijazah

Selain itu, calon-calon juga mestilah mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:

  1. Cukup semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan di atas
  2. Berpengetahuan
  3. Berminat untuk membina kerjaya bersama majikan
  4. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan

Di samping itu, antara kelebihan-kelebihan yang ditawarkan pula adalah seperti yang berikut:

  1. Gaji dengan pelbagai imbuhan yang menarik
  2. Cuti tahunan
  3. Cuti sakit
  4. Lain-lain yang berkaitan

Jika berminat untuk memohon, pastikan anda mempunyai syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Keutamaan Temuduga Terbuka Guru Kafa 2023

30 permohonan calon-calon terawal yang melepasi syarat asas tapisan yang telah ditetapkan, akan terus ditemuduga pada hari menghantar borang permohonan tersebut iaitu 16 Februari 2023 dan selebihnya akan ditemuduga pada tarikh yang ditetapkan kemudian. Seterusnya, keutamaan temuduga juga diutamakan kepada yang

  1. Berpengalaman sebagai Guru Ganti Kafa Negeri Kelantan
  2. Diutamakan kepada calon kelahiran dari Negeri Kelantan
  3. Calon yang telah mengisi permohonan pada bulan Mei 2022 dan belum menerima panggilan temuduga
  4. Calon yang bersedia ditempatkan dimana-mana sekolah atau kelas Kafa di seluruh Negeri Kelantan

Cara Memohon

Pemohon perlu membuat permohonan jawatan dengan kadar yang segera sebelum tarikh permohonan ditutup. Pemohon mestilah mengisi Borang Permohonan Temuduga Terbuka Guru Kafa 2023 yang boleh didapati secara atas talian (online) sahaja dan kemudian borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Kaunter Urus Setia Temuduga di Masjid Muhammadi, Kota Bharu bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi.

Pastikan pemohon mengdownload borang permohonan dibawah dan melengkapkan borang tersebut dengan mengikut segala prosedur permohonan yang telah ditetapkan. Kegagalan pemohon berbuat demikian membolehkan permohonan pemohon ditolak. Calon-calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah dan mengdownload 

>>>BORANG PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Temuduga Terbuka Guru Kafa 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

 

Temuduga Terbuka Guru Kafa 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong AirAsia Cabin Crew Kemasukan Februari 2023, Jawatan Kosong Kolej FELCRA 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Temuduga Terbuka Guru Kafa 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More