Sumber Rujukan Globalisasi Anda

3 Faktor OCD? Terlalu Pentingkan Kesempurnaan, Adakah itu Petanda Absolute Penyakit OCD?

Penghidap OCD suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kerana merasakan apa yang dilakukan sebelum itu tidak sempurna selain sentiasa merasa resah, tertekan dan cemas.

Adakah OCD dan Perfectionist ( terlalu pentingkan kesempurnaan) adalah sama? Mari kita fahami tentang Penyakit OCD.

3 Faktor OCD? Terlalu Pentingkan Kesempurnaan, Adakah itu Petanda Absolute Penyakit OCD? 1

Isi Kandungan

Apakah OCD?

Obsessive Compulsive Disorder atau OCD adalah satu penyakit kebimbangan, keresahan atau kerisauan.  Penghidapnya sering berasa was-was dengan apa sahaja yang dilakukan.

Penyebab OCD

Penyebab Obsessive Compulsive Disorder  terdiri daripada pelbagai aspek iaitu kelainan neurologi, biologi, genetik (keturunan), kelakuan, pemikiran dan persekitaran.

Faktor Risiko Obsessive Compulsive Disorder

  • Genetik

Sekiranya ahli keluarga terdekat seperti ibu, bapa dan adik beradik mengalami masalah OCD, maka risiko untuk anda turut mengalami Obsessive Compulsive Disorder adalah tinggi.

  • Persekitaran

Apabila seseorang mempunyai sejarah trauma atau penderaan sewaktu kecil sehingga menganggu komunikasi bahagian-bahagian otak sewaktu usia tumbesaran.

  • Kelainan otak

Biasanya terjadi apabila seseorang mengalami stroke atau tumor di bahagian hadapan kepala sehingga menyebabkan timbulnya kelainan struktur otak di bahagian tersebut.

Gejala Obsessive Compulsive Disorder

  • Komponen obsesif
    • Obsesif pemikiran – sentiasa terfikir tentang kebersihan
    • Terlalu mementingkan susunan dan simetri
    • Kerap memikirkan tentang keselamatan
    • Was-was terhadap ingatan seperti tentang tutup suis seterika
    • Pemikiran yang sering fokus kepada sesuatu tanpa boleh diganggu
    • Patuh dan terlalu tegar terhadap peraturan
  • Komponen kompulsif
    • Berulang melakukan perkara yang sama, contoh mencuci tangan berulang kali
    • Sentiasa menyusun dan mengemas walaupun baru sahaja selesai mengemas
    • Suka menimbunkan barang secara berlebihan dan enggan membuang barangan yang sudah tidak diperlukan
    • Sering perlu meluahkan isi hati kerana perasaan insecure yang kuat
    • Tabiat suka membuat senarai semak sebagai satu cara kurangkan obsesif fikiran

Cara Merawat Obsessive Compulsive Disorder

Pesakit akan didedahkan terhadap perkara yang ditakuti atau dirisaukan secara berperingkat dan diberi terapi dengan bagaimana cara untuk menangani situasi tersebut.  Pesakit juga akan dibekalkan dengan ubat antidepressan.

Anda perlu menangani masalah ini dengan segera sebelum menjadi parah.  Rawatan awal penyakit OCD ini mempunyai peratusan penyembuhan yang tinggi.

Obsessive Compulsive Disorder vs Perfectionist??

Semoga dengan perkongsian ini, memudahkan lagi untuk anda membuat perbezaan dan perbandingan di antara perfectionist atau Obsessive Compulsive Disorder dan dapat menambahkan lagi pengetahuan anda berkenaan penyakit Obsessive Compulsive Disorder.

OCD

Tidak salah untuk menjadi perfectionist tetapi pastikan tidak terlalu obses.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda penyakit Obsessive Compulsive Disorder ini, sila pastikan anda segera mendapatkan rawatan selanjutnya.

sumber : doctoroncall.com.my

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More