Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Terlebih Minum Air Boleh Bawa Maut!

Terlebih Minum Air? Air adalah keperluan setiap manusia.  Walaubagaimanapun, kadar pengambilan air adalah berbeza bagi setiap individu.

Pengambilan air bergantung kepada aktiviti harian yang anda lakukan.  Sekiranya seseorang individu itu lebih terdedah kepada cahaya matahari, aktif bersukan dan sebagainya, maka keperluan air akan menjadi lebih.

Namun pengambilan air perlu dilakukan secara sederhana.   Apa yang penting untuk diambil berat adalah tidak berasa dahaga serta kepekatan air kencing adalah pada tahap yang normal.

Seseorang individu yang terlebih minum air akan berdepan dengan risiko bahaya yang boleh memudaratkan kesihatan dan nyawa.

Isi Kandungan

Risiko terlebih minum air

Terlebih Minum Air
Terlebih Minum Air

Setiap sel dan organ manusia memerlukan air untuk berfungsi dengan baik.  Walau bagaimanapun, pengambilan air secara berlebihan boleh menyebabkan water intoxication (mabuk air) sehingga boleh membawa maut.

Mabuk air atau turut dikenali sebagai keracunan air, merupakan satu keadaan yang boleh menjejaskan fungsi otak disebabkan pengambilan air yang berlebihan.  Air yang diminum berlebihan ini boleh mengakibatkan peningkatan air dalam darah.

Air tersebut boleh mencairkan elektrolit dalam darah terutamanya natrium.  Fungsi natrium adalah membantu mengimbangi cecair antara bahagian dalam dan luar sel.  Apabila tahap natrium menurun di bawah 135 mmol/L, keadaan ini dipanggil sebagai hyponatremia.

Apabila paras natrium menurun, cecair yang berada di luar akan masuk ke dalam sel menyebabkan pembengkakan.  Jika keadaan ini berlaku kepada sel-sel otak, ia boleh menyebabkan risiko bahaya dan boleh mengancam nyawa.

Bahaya mabuk air

Mabuk air berlaku apabila sel membengkak.  Apabila sel otak menjadi bengkak, tekanan di dalam kepala akan meningkat.  Tekanan ini boleh menyebabkan simptom fasa pertama mabuk air, antaranya ialah :-

  • Sakit kepala
  • Loya
  • Muntah

Bagi kes yang serius, masalah ini boleh mengakibatkan gejala seperti :-

  • Peningkatan tekanan darah
  • Kesukaran bernafas
  • Gangguan penglihatan
  • Otot lemah dan kebas
  • Kekeliruan

Pengumpulan air secara berlebihan di dalam otak dipanggil edema serebral.  Ia merupakan keadaan yang menjejaskan dan mengganggu fungsi sistem saraf pusat. Dalam kes yang serius, ia berisiko mengakibatkan sawan, koma, kerosakan otak,  serta kematian.

Keperluan air

Peraturan yang terbaik untuk menentukan keperluan air adalah dengan memahami kehendak tubuh badan anda.  Ia cukup untuk mengimbangi tahap hidrasi badan anda.

Kesimpulan

Pengambilan air dalam jumlah yang mencukupi adalah sangat disyorkan untuk kesihatan.  Untuk makluman, makanan yang diambil juga turut mengandungi air seperti buah-buahan.

Sila pastikan anda mengambil air mengikut keperluan badan anda.  Elakkan daripada mengambil air secara berlebihan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More