Bahan Pendidikan Untuk Semua

Tiada Ancaman Siber Sasar Organisasi Kerajaan

#StayAtHome. Adakah anda berada di rumah saat membaca artikel ini? Jika ya, anda memang terbaik kerana ikut perintah kerajaan untuk menjayakan usaha membendung wabak pandemik Covif-19 ini dari terus merebak. Jika anda berada di luar rumah dan sedang buat perkara tidak berfaedah di luar sana, mudah-mudahan anda kena tangkap oleh pihak berkuasa supaya dimasukkan ke lokap.

Hari ini sudah masuk hari ke-21 Perintah Kawalan Pergerakan. Setiap hari macam-macam info yang penulis terbaca dalam group whatsapp terutama tentang Covid-19. Tetapi hari ini tentang Ancaman Siber yang kononnya sepanjang tempoh PKP, NC4 telah mengesan serangan siber oleh penggodam ke atas kerajaan dan rakyat Malaysia.

Jenis-jenis serangan yang telah dikesan merangkumi serangan Advanced Persistent  Threat(APT)dan pencerobohan laman sensawang Kerajaan dan syarikat-syarikat swasta. Selain itu terdapat insiden-insiden lain seperti penipuan atas talian, email spam dan aplikasi mudah alih palsu. Seperti aplikasi Zoom.

Walhal penulis baru jer memuat turun aplikasi ini dan siap bagi data lagi. Alahai. Semoga berita yang tersebar tidak benar.

Walaubagaimanapun, menurut berita yang dikongsikan oleh Berita Harian Online adalah seperti berikut :

KUALA LUMPUR: Tiada ancaman siber berlaku yang menyasarkan organisasi kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP di Putrajaya dekat sini, hari ini.

Menurutnya, beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai ancaman siber setakat ini.

“Setakat ini, tidak ada laporan serangan siber terhadap agensi kerajaan, kementerian atau jabatan kerajaan,” katanya.

Sumber :BH

 

MASALAH kelemahan di dalam aplikasi mesyuarat Zoom dan masalah ‘debit automatik’ menerusi institusi perbankan beberapa hari lalu adalah isu berbeza.

Pakar keselamatan siber, Fong Chook Fook tidak menafikan bahawa aplikasi Zoom sememangnya mempunyai beberapa kelemahan dalam versi sebelum ini, namun Zoom sudah mengemas kini versi baharu yang memperbaiki kerentanan sedia ada.

“Saya ingin tegaskan bahawa mesej tular yang menyatakan bahawa aplikasi Zoom mampu mendedahkan identiti perbankan pengguna adalah tidak benar memandangkan ia adalah dua isu yang berbeza.

“Pada masa sama, saya ingin menasihatkan pengguna supaya sentiasa mengemas kini versi terbaharu aplikasi mereka dan jika masih bimbang tentang keselamatan, pengguna boleh memilih Google Meet atau Microsoft Team yang pastinya dibina daripada syarikat ternama.

“Selain itu, saya juga ingin mengingatkan kepada pengguna supaya tidak menyebarkan sebarang mesej yang tidak mempunyai bukti kukuh kerana ia boleh mencetuskan situasi panik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif LE Global Services Sdn Bhd berkata, sebelum ini, pembangun aplikasi berkenaan mengakui ada menghantar data kepada Facebook (FB) dan pihaknya mengesyaki ia bertujuan untuk kempen pengiklanan platform media sosial terbabit.

Sebelum itu, tular di media sosial berhubung mesej menyatakan bahawa aplikasi Zoom membocorkan data sensitif pengguna termasuk rekod pelayaran Internet membabitkan transaksi perbankan.

Awal minggu lalu, sebuah portal teknologi mendedahkan bahawa terdapat ribuan klip video yang dirakam menerusi aplikasi berkenaan disiarkan di Internet sekali gus menimbulkan tanda tanya berhubung tahap keselamatan aplikasi berkenaan.

sumber: Hmetro

 

Biarpun telah diumumkan tiada ancaman siber, kita semua kenalah sentiasa berhati-hati terutamanya apabila memuat turun sebarang aplikasi dan seterusnya memberikan maklumat diri.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, masih ada pihak yang mengambil kesempatan. Jadi dalam kita berkurung di rumah, sambil-sambil online tu jangan sembarangan isi borang data peribadi secara online.

Akhir sekali penulis ingin berpesan agar kita sama-sama bagi kerjasama dengan pihak kerajaan dan barisan hadapan kita untuk #StayAtHome.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More