Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tiada Bil Utiliti Fizikal TNB Sepanjang PKP 2020

BTiada Bil Utiliti Fizikal TNB? Ekoran daripada larangan keluar rumah, sebahagian besar perkhidmatan hanya dijalankan secara dalam talian sahaja.

Salah satu daripadanya adalah pembacaan meter elektrik oleh TNB dimana tiada bil bercetak semasa tempoh PKP. Langkah ini diambil adalah untuk memastikan keselamatan pelanggan serta pekerja TNB.

Menurut TNB, perkhidmatan bil bercetak bermula dari 20 Mac 2020 akan dihentikan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Sepanjang tempoh PKP ini, anda boleh menyemak bil menerusi laman web myTNB atau memuat turun aplikasi myTNB untuk Android atau iOS.

Tiada Bil Utiliti Fizikal TNB

Berikut merupakan cara mudah untuk anda semak bil TNB anda :

  1. download app myTNB di google play atau pun app store.Tiada Bil Utiliti Fizikal TNB Sepanjang PKP 2020 1
  2. setelah selesai download, klik pada app myTNB.
  3. kemudian klik register.
  4. masukkan maklumat yang diminta.
  5. satu sms akan dihantar kepada nombor telefon yang sudah didaftarkan tadi. Masukkan no pin pengesahan yang diterima tersebut.
  6. kini akaun anda telah aktif, jika maklumat anda ada berdaftar dengan TNB “automatik” akan keluar di dashboard akaun TNB anda.

Jika anda penyewa rumah, anda boleh semak dengan daftar no akaun TNB secara manual ini:  

  • Adakah akaun ini didadfarkan menggunakan IC anda? Pilih NO
  • Adakah anda berhak untuk tengok kesemua maklumat akaun ini? Pilih NO
  • Isi maklumat yang diperlukan
  • Klik tambah akaun

Selesai tambah akaun barulah anda boleh semak bil TNB online termasuk bil semasa dan bil terdahulu.

Rekod pembayaran bil turut dipaparkan.

Ini merupakan kenyataan di laman Facebook TNB :

Demi keselamatan anda dan warga kerja TNB semasa #PerintahKawalanPergerakan, operasi bacaan meter dan penghantaran bil fizikal di premis dihentikan buat sementara waktu dari 20-31 Mac 2020.

1. Bagi pelanggan yang akan menerima bil pada tarikh-tarikh di atas, bil akan dikira secara anggaran berdasarkan penggunaan bulan sebelumnya. Sebagai contoh, sekiranya anda menerima bil bulan sebelumnya sebanyak RM100, bil terkini juga akan dianggarkan sebanyak RM100.

2. Bil anda akan diselaraskan apabila pembaca meter kami mengambil bacaan sebenar di premis pada bulan hadapan (bergantung kepada keadaan semasa).

3. Bil fizikal bagi tarikh 20-31 Mac 2020 tidak akan diserahkan ke premis anda. Salinan bil terkini boleh didapati melalui portal myTNB di www.mytnb.com.my atau aplikasi myTNB yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai perkhidmatan TNB boleh hubungi mereka pada talian 1-300-88-5454 atau hantarkan email ke [email protected].

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More