Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TIADA Moratorium Untuk Ansuran Bulanan LPPSA

BNM membenarkan pelanggan bank termasuklah individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan semua pembayaran balik pinjaman masing-masing kecuali kad kredit

Pengangguhan bayaran balik pinjaman itu adalah secara automatik selama 6 bulan bermula 1 April 2020

Namun, moratorium (penangguhan bayar balik pinjaman) hanya tertakluk kepada pinjaman seperti berikut:

Kenapa moratorium ini berlaku?

Dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak Koronavirus atau dikenali kini dengan COVID-19 semenjak Disember 2019. Bukan sahaja dari segi kesihatan manusia sahaja yang terjejas terutamanya, malah sektor ekonomi juga menunjukkan penurunan dan kejatuhan. Setakat ini 165 buah negara yang terlibat atau terkena wabak penyakit ini termasuklah negara Malaysia. Justeru itu, kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 untuk menangani impak COVID-19. Turut tampil meringankan beban rakyat dalam hal ini adalah pihak bank yang menawarkan penangguhan ansuran bank

moratorium
TIADA Moratorium Untuk Ansuran Bulanan LPPSA 2

Penangguhan ansuran bank atau dikenali dengan nama moratorium adalah penangguhan secara rasmi bayaran ansuran bulanan daripada peminjam atau pembayar kepada pihak bank tanpa sebarang denda atau caj penalti. Dengan kata mudah, pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran yang dibuat bersama bank tersebut mengikut jumlah bulan yang ditetapkan dalam tawaran moratorium yang diumumkan. Bayaran ansuran akan bersambung semula setelah tempoh moratorium tamat. Menurut sinarharian lagi.

Walaubagaimanapun, LPPSA telah mengumumkan bahawa tiada penangguhan pembayaran balik ansuran bulanan bagi pembiayaan perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Selain itu, anda juga boleh rujuk berkenaan dengan Penggunaan LPPSA Kalkulator Bagi Tujuan Pembelian Rumah kalau ada yang berminat untuk beli rumah.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More