Bahan Pendidikan Untuk Semua

TIDAK PERLU KURSUS PRA PERKAHWINAN DI KEDAH

Kursus Kahwin, Kursus Perkahwinan atau Kursus Pra Perkahwinan adalah ungkapan yang sering kita dengar sebelum sesaorang atau pasangan masing-masing menempuh gerbang perkahwinan. Mengapa perlunya kursus kahwin? Kursus kahwin sememangnya sinonim bagi setiap pasangan yang ingin menamatkan zaman bujang masing-masing.

Kursus kahwin atau kursus pra perkahwinan adalah wajib diambil dan dihadiri bagi setiap pasangan Islam sebelum mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing-masing yang kebiasaannya diadakan selama dua hari. Kalau dahulu kursus seperti ini hanya digalakkan untuk pasangan yang mahu berkahwin, tapi kini ia menjadi satu kewajipan bagi mana-mana pasangan yang mahu berumahtangga. Jadi hendak tak hendak anda perlu menamatkan kursus ini jika mahu berkahwin. Kursus ini boleh diambil bersama pasangan atau secara individu, bermakna anda tidak semestinya hendak berkahwin baru boleh mengikuti kursus ini.

Sijil penyertaan lazimnya akan diberikan pada hari kedua setelah tamat kursus. Sijil perlu disimpan untuk kegunaan semasa memohon surat kebenaran berkahwin nanti.

Semenjak negara di landa wabak covid-19 ini pelbagai norma baharu telah terjadi. Antaranya adalah pasangan yang ingin berkahwin tidak perlu menghadiri kursus kahwin, tetapi ini hanya termaktub di Kedah sahaja. Untuk negeri lain tiada lagi pengumuman.

Pasangan pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga di Kedah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak perlu lagi mengikuti kursus praperkahwinan sebaliknya hanya dikehendaki menghadiri temu duga ringkas.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata temu duga ringkas selama kira-kira 15 minit itu dijalankan oleh pegawai pejabat agama daerah dan pasangan tidak dikenakan sebarang bayaran.

 

Justeru, perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai prosedur yang perlu kita ikuti dan fahami sebelum menjadi seorang suami isteri yang sah. Pelbagai tanggungjawab dan perkara perlu kita pikul setelah bergelar suami atau isteri.Atas sebab itu, jabatan agama mengadakan kursus perkahwinan ini untuk bakal-bakal suami atau isteri supaya dapatlah bakal-bakal suami atau isteri ini bersedia dan tahu akan tanggungjawab, dan tahu akan apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila sudah berkahwin kelak, tetapi memandangkan pandemik covid-19 ini telah melanda seluruh negara, kerajaan negeri kedah telah mengambil inisiatif memudahkan pasangan pengantin untuk mendirikan rumah tangga.

 

Sumber : Awani 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More