Sumber Rujukan Globalisasi Anda

6 Langkah Beserta Tips Bersihkan Peti Ais Rumah Anda

Tips Bersihkan Peti Ais sangat penting untuk diketahui supaya peti ais di rumah kita sentiasa dalam keadaan yang bersih dan wangi.  Semua mengetahui bahawa peti ais merupakan barangan elektrik yang wajib ada di setiap isi rumah.

Peti ais atau peti sejuk berfungsi untuk menyimpan barangan basah, barangan kering dan sejuk beku. Justeru, ia menjadi satu keperluan di setiap rumah.

Walau bagaimanapun, peti ais perlu sentiasa dicuci kerana ia boleh mengundang bauan yang kurang menyenangkan dan tidak sedap mata memandang jika tidak dijaga dengan baik.

Tambahan lagi, campuran pelbagai makanan yang diletakkan di dalam peti ais tersebut akan membuatkan bauannya bercampuran antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, ia perlu dicuci kerana sesetengah makanan atau barangan tidak tahan lama.

Oleh itu, disini admin ingin kongsikan 6 Tips Bersihkan Peti Ais yang boleh dilakukan oleh semua orang yang memiliki peti ais di rumah masing-masing.

Tips Bersihkan Peti Ais 

Isi Kandungan

6 Langkah Beserta Tips Bersihkan Peti Ais

Admin yakin pasti ramai diantara kita yang memerlukan Tips Bersihkan Peti Ais ini, bukan? Jom ikuti langkah dan tips berikut:

Langkah 1: Keluarkan Semua Makanan Dan Bahan Yang Disimpan

Keluarkan semua bahan makanan, botol, bekas yang disimpan dan diletakkan pada tempat yang bersesuaian.

Periksa seluruh ruang dalam peti ais anda sebelum langkah seterusnya.

Langkah 2: Buang Makanan Yang Rosak Dan Berkulat

Periksa semua label pada botol atau bekas makanan yang disimpan.
Pastikan masih boleh diguna dan belum habis tarikh tempoh serta masih elok untuk digunakan termasuklah tidak berkulat, berbau busuk dan seangkatan.
Untuk sayur yang sudah lembik dan busuk, buang segera!

Langkah 3: Keluarkan Bahagian Tray Plastik / Kaca

Jika tray jenis kaca, boleh keluarkan.
Gunakan campuran 2 sudu soda bikarbonat dan air panas untuk mencuci.
Boleh juga menggunakan sabun dan basuh kemudian bilas dan lap bersih sebelum dipasang semula.
Jangan guna pencuci kimia seperti klorox kerana ia akan membuatkan peti ais anda berbau apabila pintu ditutup.
Untuk kekalkan keharuman dan membunuh bakteria di dalam peti ais, anda juga boleh gunakan campuran lemon essential oil & tea tree.

Langkah 4: Susun Makanan Ikut Kesesuaian

Selepas dilap bersih pada bahagian dalam, anda boleh menyusun barang makanan mengikut kesesuaian dan kekerapan penggunaan. Anda boleh menggunakan tips seperti berikut:
  • Rak pertama, anda boleh meletakkan buah-buahan, coklat atau pun bahan yang kerap digunakan.
  • Rak kedua, anda boleh meletakkan sayur atau bahan memasak.
  • Pastikan barang basah seperti ikan, ayam dan lain-lain diletakkan di dalam tupperware dan disimpan pada bahagian freezer.
  • Cuci sayur bersih. Elok direndam di dalam air garam.
  • Tos sehingga kering dan masukkan di dalam tupperware.
  • Ikan, ayam, udang mestilah dicuci bersih sebelum disimpan di dalam peti ais. Taburkan sedikit gula dan potongan limau kasturi / lemon / limau nipis sebelum disimpan untuk kesegaran.

Tips Bersihkan Peti Ais ini bukan sahaja untuk membersihkan peti ais malah ia memudahkan proses untuk memasak kerana bahan sudah bersih. Cuma perlu dibilas lagi sekali sebelum memasak.

Langkah 5: Wangikan Peti Sejuk Anda

Untuk wangikan peti ais, anda boleh meletakkan bahan cadangan seperti di bawah:

  • Boleh gunakan vanilla untuk wangikan peti ais anda. Letakkan beberapa titisan vanilla di dalam bekas dan letakkan dalam peti ais.
  • Beberapa helai daun pandan diletakkan dalam peti ais.
  • Potongan hirisan lemon boleh diletakkan di dalam bekas dan diletakkan dalam peti ais.
  • Letakkan beberapa titis Lemon Essential Oil di dalam bekas dan diletakkan dalam peti ais.

Langkah 6: Bersihkan Bahagian Luar Peti

Periksa bahagian luar peti ais sama ada jenis tahan karat atau tidak.
Jika jenis tidak tahan karat, elok menggunakan tisu dapur sahaja untuk membersihkan bahagian luar.
Manakala, jika peti ais anda jenis tahan karat, bahagian luar peti ais anda boleh dilap dengan tuala yang direndam dengan campuran sabun dan lemon essential oil.
Lap dan bersihkan kekotoran kemudian lap kering.

Diharapkan dengan perkongsian Tips Bersihkan Peti Ais ini dapat membersihkan peti ais anda.

Semoga perkongsian Tips Bersihkan Peti Ais ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi tips-tips yang menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More