Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tips Buat Dan Simpan Bahan Kisar, Tahan Hingga 3 Bulan

Tips Buat Dan Simpan Bahan Kisar pasti sangat diperlukan oleh ibu-ibu kerana ia boleh dihasilkan sendiri di rumah. Pasti seronok kalau cili, bawang dan halia dapat dikisarkan untuk dijadikan pes dalam kuantiti yang banyak dan dapat bertahan lama, bukan?

Jika semuanya sudah tersedia, sudah tentu tugas memasak di dapur menjadi lebih mudah setiap hari. Bila memasak jadi semakin mudah, tukang masak tentu jadi lebih gembira dan tidak kelam kabut ketika memasak. Juadah pun dapat disiapkan tepat masanya.

Seorang pengguna Facebook, Cik Dayang Zuhaila telah berkongsi Tips Buat Dan Simpan Bahan Kisar bagi cili, bawang besar, bawang putih dan halia untuk tahan lebih lama.

Jelasnya, Tips Buat Dan Simpan Bahan Kisar ini sangat memudahkan, baik dari segi penyimpanan bahan masakan mahupun ketika menyediakan juadah.

“Stok yang Cik Dayang buat ini, kalau jenis rajin masak, dua minggu sudah habis. Tetapi, kalau jenis malas masak, stok ini tiga bulan pun masih tahan lagi tau. Wajib simpan dalam peti ais.” jelasnya.

Berikut dikongsikan Tips Buat Dan Simpan Bahan Kisar supaya tahan lama.

Isi Kandungan

Cara & Tips Buat Dan Simpan Bahan Kisar

Admin yakin pasti ramai diantara ibu-ibu yang memerlukan Tips Buat Dan Simpan Bahan Kisar ini, bukan? Jom ikuti perkongsian berikut.

Cik Dayang telah berkongsikan cara buat dan simpan untuk

  1. Pes Cili Kisar.
  2. Pes Bawang Besar Kisar.
  3. Pes Bawang Putih Kisar.
  4. Pes Halia Kisar.

Cara Buat Cili Kisar

Tips Buat Dan Simpan Bahan Kisar untuk pes cili kisar adalah seperti berikut.

  1. Pertama sekali, gunting cili kering kecil-kecil iaitu saiz lebih kurang satu inci dan buangkan biji pada cili kering itu.
  2. Rebus cili tersebut sehingga teksturnya menjadi lembut.
  3. Jangan lupa masukkan garam dah sedikit minyak agar cili yang direbus menjadi cepat lembut.
  4. Selepas itu, tapis sebatian tersebut dan bilas dengan menggunakan air.
  5. Masukkan cili tadi ke dalam mesin pengisar dan kisarkannya dengan sedikit air bagi memastikan mesin tersebut dapat berfungsi dengan baik.
  6. Setelah selesai dikisar, simpan pes cili kisar tadi ke dalam bekas yang kering dan letakkan sedikit asam keping.
  7. Kemudian simpan pes cili kisar tadi di dalam peti sejuk dan pes tersebut dapat bertahan sehingga tiga bulan.

Cara Buat Bawang Besar Kisar

Tips Buat Dan Simpan Bahan Kisar untuk pes bawang besar kisar adalah seperti berikut.

  1. Mula-mula, ambil satu kilogram bawang besar dan hiriskannya halus-halus agar bahagian bawang tersebut mudah untuk dikisarkan.
  2. Kisarkan bawang tersebut sedikit demi sedikit dengan meletakkan minyak di dalamnya.
  3. Anggaran minyak masak adalah lebih kurang separuh daripada jumlah bawang.
  4. Jelas Cik Dayang, jika anda hendak meletakkan air sahaja pun tidak menjadi sebarang masalah. Pastikan air yang dimasukkan ke dalam mesin pengisar hanya sedikit, sekadar untuk memudahkan mesin tersebut mengisar bawang sahaja.
  5. Selepas selesai mengisar pes bawang besar, masukkan pes tersebut ke dalam bekas yang kering.
  6. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum menyimpannya dalam peti sejuk.
  7. Ujar Cik Dayang, pes bawang besar kisar ini dapat bertahan kira-kira satu hingga dua bulan.

Cara Buat Bawang Putih Kisar

Tips Buat Dan Simpan Bahan Kisar untuk pes bawang putih kisar adalah seperti berikut.

  1. Bagi menghasilkan pes bawang putih kisar pula, ambil setengah kilogram bawang putih dan kupaskan kulinya.
  2. Setelah selesai dikupas, cuci dan hiriskan ulas-ulas bawang tersebut secara halus.
  3. Kisar bawang putih tadi bersama air yang bertapis dan anggaran air adalah tidak sampai separuh dari jumlah bawang putih yang dikisar.
  4. Seperti pes-pes sebelum ini, masukkannya ke dalam bekas yang kering selepas dikisar sehingga lumat.
  5. Menurut Cik Dayang, pes bawang putih kisar yang dihasilkan itu dapat bertahan dalam lingkungan dua bulan.

Cara Buat Halia Kisar

Tips Buat Dan Simpan Bahan Kisar untuk pes halia kisar pula adalah seperti berikut.

  1. Sediakan dalam setengah kilogram halia dan buangkan kulitnya.
  2. Setelah kulit halia telah dibuang, cuci dan potong halia tersebut. Boleh dikatakan satu perkara yang wajib untuk memotong bahan masakan ini dengan halus untuk memudahkannya dikisar.
  3. Kisarkan halia yang telah dipotong dengan memasukkan sedikit air ke dalam mesin pengisar.
  4. Berdasarkan pengalaman Cik Dayang terdahulu, air yang perlu diletak hanya 1/4 daripada isian halia. Hal ini disebabkan halia merupakan tumbuhan yang memiliki banyak kandungan air. Jadi, elak letak terlalu banyak air dalam kisaran halia.
  5. Seperti biasa, simpan pes di dalam peti sejuk dengan menggunakan bekas yang bersih.
  6. Ujar Cik Dayang, jumlah pes halia ini juga dapat bertahan sekitar dua bulan.

Tips Simpan Bahan Kisar Tadi Supaya Tahan Lama

Selain menyediakan cara untuk menghasilkan pes kisar, Cik Dayang turut memberikan tips bagi memastikan pes yang dihasilkan dapat bertahan lama.

Jelasnya, setiap kali hendak mengambil bahan ini, pastikan anda menggunakan sudu yang kering dan bersih.

Jangan sesekali mencampur adukkan penggunaan sudu untuk mengambil pes. Dengan erti kata lain, jangan gunakan sudu yang sama dengan sudu yang digunakan untuk mengambil pes yang lain.

Gunakan sudu yang berasingan bagi mengelakkan sebarang pencemaran pada pes dan cepat berkulat.

Tips Buat Dan Simpan Bahan Kisar

Credit Sumber: Cik Dayang Zuhaila

Begitulah Tips Buat Dan Simpan Bahan Kisar yang boleh dicuba sendiri oleh semua ibu-ibu di rumah masing-masing. Sangat mudah, bukan?

Semoga perkongsian Tips Buat Dan Simpan Bahan Kisar ini dapat memberi manfaat kepada anda semua di luar sana!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More