Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tips Buat Sabun Cuci Pinggan Tahan Lama Campur 3 Bahan Sahaja

Tips Buat Sabun Cuci Pinggan Tahan Lama sehingga berkali-kali ganda tahannya sangat penting untuk semua orang terutamanya bagi pengusaha kedai makan.

Bagi pengusaha premis makanan, sabun pencuci pinggan merupakan salah satu bahan yang perlu dibeli dalam kuantiti yang banyak.

Sudah pastinya, mereka akan mencari pembekal yang menawarkan kuantiti yang banyak dan pada masa yang sama, dijual pada harga yang berpatutan.

Jika tidak, kos pengoperasian sesuatu perniagaan melibatkan makanan terpaksa menjadi lebih tinggi. Peningkatan kos ini sekali gus akan meningkatkan harga makanan yang dijual bagi menampung kos pengoperasian yang tinggi.

Harga makanan yang tinggi sudah semestinya akan menyebabkan pelanggan ‘pergi ke tempat lain’.

Namun, terdapat beberapa kedai yang menggunakan helah Tips Buat Sabun Cuci Pinggan Tahan Lama ini bagi memastikan sabun pencuci pinggan di premis mereka dapat digunakan dalam jangka masa yang lama.

Tips Buat Sabun Cuci Pinggan Tahan Lama

Menurut postingan satu video menerusi akaun pengguna @ohmybunda, seorang wanita berkongsi tips mudah untuk memanjangkan jumlah stok sabun basuh pinggan.

Berdasarkan video tersebut, tips ini dikatakan dapat menjimatkan sabun sebanyak lima kali ganda.

Dalam video tersebut, wanita tersebut hanya menggunakan tiga bahan iaitu:

  1. Sebotol cecair pencuci pinggan
  2. Air
  3. Sepaket garam

Botol besar kosong dan besen/jag besar pula antara peralatan yang digunakan untuk menghasilkan cecair pencuci yang lebih lama.

Pertama sekali, anda perlu memasukkan satu paket garam di dalam besen/jag yang kosong. Tuangkan sehingga tiada sisa garam yang tertinggal di dalam paket.

Selepas itu, masukkan air panas ke dalam besen/jag yang berisi garam tadi. Kacau larutan air panas dan garam itu sehingga larut dan sebati.

Tips Buat Sabun Cuci Pinggan Tahan Lama

Kemudian, masukkan air biasa sebanyak lima liter berserta satu liter cecair pencuci pinggan ke dalam besen dan kacau sehingga sebati.

Tips Buat Sabun Cuci Pinggan Tahan Lama

Justeru, apabila larutan sabun tersebut sudah pun sebati, sabun pencuci pinggan mangkuk ‘tahan lama’ sudah pun siap dan boleh di simpan di dalam botol besar.

Diharapkan dengan perkongsian Tips Buat Sabun Cuci Pinggan Tahan Lama ini dapat menjadikan anda di luar sana lebih bijak dalam melaksanakan kehidupan harian. Semoga perkongsian Tips Buat Sabun Cuci Pinggan Tahan Lama ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More