Sumber Rujukan Globalisasi Anda

3 Tips Jaga Cat Kereta Untuk Kekal Berkilat

Tips Jaga Cat Kereta sangat penting dan perlu diambil berat terutamanya orang yang memiliki kereta. Kereta sememangnya merupakan kenderaan serba guna dan paling banyak digunakan di atas jalan raya dan ia sering menjadi pilihan orang ramai kerana kebanyakan ruang kenderaan ini mesra keluarga.

Bukan itu sahaja, kereta juga dapat melindungi anda daripada cuaca yang tidak menentu seperti hujan dan panas terik. Berbanding motosikal, kereta juga dilengkapi dengan penghawa dingin yang membuatkan ia selesa untuk pemanduan jarak jauh.

Walau bagaimanapun, body kereta yang besar membuatkan ia mudah terdedah kepada kerosakan khususnya di bahagian luaran seperti calar dan cat kereta yang semakin pudar. Lebih – lebih lagi, kereta anda sentiasa terdedah dengan cuaca hujan dan panas. Secara tidak langsung, ia akan membuatkan cat kereta anda semakin luntur.

Sekiranya anda mempunyai kenderaan sendiri, pasti yang anda mahukan terhadap kenderaan adalah untuk ia sentiasa kelihatan cantik, bersih, dan seperti baru. Jadi bagaimanakah cara penjagaan cat kereta agar ia sentiasa kelihatan bersinar?

Dalam sebuah video yang telah dimuat naik oleh seorang lelaki yang bernama James_Alatin di akaun TikToknya, lelaki tersebut telah membuat perkongsian dan menjelaskan terdapat tiga (3) Tips Jaga Cat Kereta yang boleh dilakukan oleh pemilik kenderaan untuk menjaga cat kereta masing-masing.

Tips Jaga Cat Kereta Untuk Kekal Berkilat

Tips 1: Polish

Maklumnya dalam rakaman berdurasi 35 saat itu, perkara pertama yang wajib buat untuk penjagaan cat kereta adalah polish.

Seperti yang diketahui kaedah ini bertujuan bagi memastikan kenderaan anda berkilat.

Tips 2: Wax

Selain itu, anda juga boleh melakukan wax terhadap kereta agar ia kelihatan lebih bersinar.

Walau bagaimanapun, langkah ini perlu diulang kembali dalam masa satu atau dua bulan sekali untuk hasil yang terbaik.

Tips 3: Coating 

Langkah yang ketiga bagi mengekalkan dan penjagaan cat kereta anda termasuklah dengan melakukan coating.

“Tapi kalau anda malas nak pergi buat wax dalam masa satu hingga dua bulan anda boleh buat coating,” katanya dalam video tersebut.

Tips Jaga Cat Kereta

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan komen positif dengan kandungan yang dimuat naik itu. Sebahagian daripada mereka turut menuai persoalan dan perbandingan terbaik antara kesemua kaedah tersebut.

Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 60,000 tontonan, lebih 3,000 tanda ‘suka’ dan komen daripada warganet.

Diharapkan dengan perkongsian Tips Jaga Cat Kereta ini dapat menjadikan anda di luar sana lebih peka dan bijak berkenaan penjagaan kereta masing-masing. Semoga perkongsian Tips Jaga Cat Kereta ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More