Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Tips Lantai Berkilat Macam Cermin

Nak tips Lantai Berkilat? Ya, Ruang kediaman yang tampak kemas, bersih dan cantik sememangnya menjadi idaman semua di luar sana.

Kalau boleh serba serbi hendak sempurna, lebih-lebih lagi lantai yang berkilat sehingga boleh dibuat cermin.  Oleh itu, kesungguhan yang lebih perlu diberikan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki tetapi kadangkala hasilnya tidak memuaskan hati.

Sebenarnya mengemop lantai pun ada aturannya yang lebih tepat. Barulah lantai lebih bersih, licin dan berkilat.

Isi Kandungan

Anda mahukan cara terbaik Lantai Berkilat dengan mengemop lantai?

Sila cuba tips yang diberikan ini.  Insyaallah lantai anda juga kekal bersih dan harum untuk tempoh yang lama.

Lantai Berkilat
Lantai Berkilat Lantai Berkilat Lantai Berkilat

 

Langkah 1 – Sapu sehingga betul-betul bersih

Mulakan dengan menyapu seluruh kawasan rumah hingga bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dibersihkan terlebih dahulu.  Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.

Langkah 2 – Air Panas & Cuka

Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka.  Mopkan seluruh lantai dengan bancuhan air ini.   Pastikan mop dikembangkan ketika proses mengemop.  Biarkan seketika sehingga kering.

TIPS : Anda juga boleh cuba meletakkan sedikit Downy untuk hasil yang lebih berkilat dan harum.

Langkah 3 – Cecair Peluntur 

Jika suka anda  juga boleh mencampurkan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan tersebut namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak kuat.  Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan mop seperti biasa. Biarkan kering.

Langkah 4 – Pencuci Harum

Kemudian sediakan bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran.  Mopkan keseluruhan lantai dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.

TIPS : Belilah pencuci yang berbau harum seperti berbau bunga-bungaan seperti ros atau lemon.  Ada sesetengah bau pencuci lantai di pasaran yang berbau kuat dan kurang enak yang membuatkan kita rasa tidak selesa menghidunya.

Langkah 5 – Air Bersih

Akhir sekali bilas dengan air bersih ke seluruh lantai.  Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan.  Moplah seperti biasa dan biarkan hingga kering.  Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin berkilat dan bersih.

Tips Tambahan

  • Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan bahagian dapur.
  • Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana bahagian dapur luar biasa minyaknya.
  • Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
  • Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lantai lebih cepat kering.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Keluarga

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More