Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tips mengatasi sinki berbau busuk

Jangan risau sangat kalau sinki tersumbat kerana ia adalah perkara biasa. Mungkin ada cebisan sisa makanan, minyak, lemak atau rambut yang tersangkut di dalamnya. Sebelum mendapatkan penyelesaian pakar, mungkin anda boleh lakukan beberapa perkara asas yang mudah.

Walaupun hakikat bahawa hampir setiap pilihan yang digunakan untuk membersihkan sistem pembetungan sangat berpatutan, dan anda boleh dengan mudah mengatasinya sendiri, jangan segera tergesa-gesa untuk menghapuskan penyumbatan dan bau di dapur dengan segala cara yang mungkin.

Menerusi laman sosial Facebook, pemilik akaun bernama Rosie Zam telah berkongsi langkah mudah untuk mengurangkan bau busuk dari lubang sinki.

“Selepas pulang membeli seekor ayam, saya letakkan ia di dalam sinki untuk dibersihkan. Tiba- tiba terbau sesuatu kurang enak dari lubang sinki.

“Alamak, sudah lama tak membersihkan lubang sinki, sebab itu naik bau busuk. Justeru, saya terus jerang air di dalam periuk. Kemudian, ambil soda bikarbonat dan cuka putih yang memang ada di dalam kabinet dapur.”

Bahan-bahan:

– 1/2 cawan soda bikarbonat

– 1/2 cawan cuka

– Air mendidih

Langkah-langkah:

1) Jerang air di dalam periuk.

2) Tuangkan soda bikarbonat ke dalam lubang sinki.

3) Kemudian, tuang pula cuka putih dan biarkan kira-kira 15 minit.

4) Selepas itu curahkan air yang mendidih ke dalam lubang sinki tersebut.

5) Masalah dapat diatasi.

 

Cara kedua adalah menggunakan sabun pencuci pinggan mangkuk. Gunalah jenama apa-apa pun, Sunlight, Joy, Good Maid, atau 1Malaysia. Anda perlukan beberapa sudu sabun pencuci pinggan mangkuk ini bersama air panas yang agak banyak, iaitu sekitar 2 liter. Kalau nak senang, boleh panaskan air dengan menggunakan periuk.

Sinki dapur selalunya mudah terlekat dengan minyak dan gris akibat sisa makanan. Sabun pencuci ini boleh membantu melarutkan sisa-sisa minyak dan makanan ini.

Untuk mengelakkan masalah berulang, lakukanlah salah satu daripada cara di atas dengan kerap, sekurang-kurangnya sebulan sekali. Selain itu, elakkan membuang sisa minyak atau makanan ke dalam sinki kerana ia boleh terperangkap dan membuat sinki lebih mudah tersumbat dan berbau busuk.

Sumber: Facebook @rosiezam

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More