Sumber Rujukan Globalisasi Anda

8 Tips Paling Berkesan Supaya Anak Suka Membaca

Golongan ibu bapa zaman ini pastinya menghadapi cabaran besar dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak mereka apatah lagi menerapkan suka membaca buku berbentuk ilmiah. Ini kerana kanak-kanak hari ini lebih cenderung menghabiskan masa menggunakan gajet seperti tablet, telefon pintar atau laptop pada waktu lapang sehingga mengabaikan perkara lain. Perkara ini amatlah membimbangkan jika kita sebagai ibu bapa tidak menanganinya secara bijak.  Melentur buluh biarlah dari rebungnya, sebagai ibu bapa kita bertanggungjawab memupuk minat membaca ini dari kecil. Pemilihan bahan bacaan juga perlu sesuai agar anak-anak tidak bosan dan beralih kepada gajet. Jom kita lihat 8 tips paling berkesan agar anak-anak suka membaca :

1. Bacakan Buku Cerita Untuk Mereka

Kalau mahukan anak-anak minat membaca, ibu bapa kenalah bacakan buku cerita untuk mereka. Jangan lupa sambil membaca bolehlah lakonkan sekali mimik muka dan intonasi suara mengikut watak yang ada dalam buku cerita. Anak-anak memang suka.  Siap suruh ulang tayang lagi nanti !

3. Ibu Bapa Adalah Role Model

Tahukah anda, kanak-kanak adalah peniru yang hebat? Seawal usia setahun mereka sudah menyerap segala tingkah laku dan kebiasaan yang berlaku di rumah dan persekitarannya. Bayangkan jika mereka sentiasa disogokkan dengan gajet dan televisyen sejak kecil, sementara itu ibu bapanya masing-masing sibuk menghadap telefon. Ringkasnya apabila anak-anak membesar dengan gajet, sudah pastinya dia lebih sukakan gajet. Sebaliknya jika mereka membesar dikelilingi oleh buku, mereka pasti sukakan buku!

2. Wujudkan Sudut Membaca Yang Menarik Di Rumah

Wujudkan suasana ruang membaca yang menarik, tenang dan selesa. Barulah rasa seronok kan!

3. Membaca Dengan Kuat

Membacalah dengan kuat walupun mereka tidak memerlukannya. Menurut kajian, membaca dengan kuat adalah satu bentuk pendidikan sosial. Melalui pembacaan sebegini, kita secara tidak langsung mengajar anak berkomunikasi disamping menerap kemahiran membaca dan mendengar. Mendengar seseorang membaca buku dengan yakin adalah cara terbaik untuk lebih fasih, iaitu keupayaan untuk membaca teks dengan tepat, cepat, dan dengan ekspresi yang baik.

4.  Pilih Buku Yang Menarik Dan Bersesuaian 

Menurut Childen’s Book Council, tahap pemahaman anak-anak adalah berbeza mengikut umur.

  • 0-2 tahun : Mereka lebih suka buku yang berwarna terang, objek besar dan berulang kerana keupayaan visual yang terhad.  Sesuai jenis buku bergambar dan berwarna tanpa perkataan.
  • 2-4 tahun ; Pada usia sebegini, anak-anak gemarkan ‘nursery ryhme’ atau pantun berbentuk nyanyian. Untuk buku cerita, pastikan jaln cerita ringkas dan jalan cerita yang boleh diramal. Buku berbentuk permainan misalnya ‘busy book’ atau ‘pop out’ sangat sesuai untuk mereka.
  • 4-6 tahun : Pada usia ini, anak-anak lebih gemarkan cerita yang lebih kompleks. Boleh  cari label ‘easy reader’ untuk anak-anak yang sudah mula membaca.

5. Kaitkan Apa Yang Dibaca dengan Kehidupan

Sekali sekala, hidupkanlah watak dalam buku yang dibaca dengan mengaitkan dengan kehidupan seharian. Contohnya kisah itik hodoh yang dipulaukan kerana perbezaan warna bulunya. Kita sebagai ibu bapa boleh terapkan sikap nilai persahabatan tanpa membezakan warna kulit dan bentuk fizikal diantara satu sama lain. Mudah bukan ?

6.  Ajukan Soalan

Cuba ajukan soalan pada anak. Kadang-kadang jawapan anak-anak sangat kreatif. Selain mengajar anak berkomunikasi, cara ini juga menjadikan anak-anak berfikir dan mengasah daya ingatan mereka.

7.  Watak Kartun Kegemaran

Watak Upin dan Ipin, Spider Man, Mickey Mouse atau Ben 10 ? Anak-anak memang suka sangat bila nampak buku dengan ilustrasi kartun kegemaran.  Bagi anak-anak yang lebih besar, novel  Harry Potter atau bacaan ringan yang seperti komik kanak-kanak lebih sesuai.

8. Bawa Anak Ke Perpustakaan dan Kedai Buku

Pelbagaikan bahan bacaan supaya anak-anak tak bosan. Biarkan mereka pilih buku yang disukai. Pasti mereka lebih seronok nanti.

Kesimpulannya, saya yakin semua  ibu bapa mahukan anak-anak yang minat dan pandai membaca. Kebolehan membaca sangat diperlukan oleh anak-anak kerana ia merupakan medium utama untuk mereka memperoleh maklumat baharu, berkomunikasi dan mengembangkan daya imaginasi mereka.  Kreativiti dan inisititif kita sebagai ibu bapalah yang akan menjadikan membaca  aktiviti yang menyeronokkan anak-anak dan menjadikan membaca8 Tips Paling Berkesan Supaya Anak Suka Membaca8 Tips Paling Berkesan Supaya Anak Suka Membaca itu satu amalan yang berterusan.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More