Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tips Simpan Santan Boleh Tahan 2 – 3 Hari Ketika Rumah Tiada Elektrik

Tips Simpan Santan adalah sangat penting supaya santan yang kita beli tahan lebih lama dan sentiasa segar.

Seperti yang kita semua tahu, santan merupakan bahan penting dalam pelbagai jenis menu masakan dan ia sering digunakan dalam menu masakan seperti kari, rendang, masak lemak dan macam-macam lagi.

Namun begitu, bagi memastikan santan sentiasa segar, ia perlu disimpan dengan cara yang betul di tempat yang sejuk seperti peti sejuk.

Tetapi, jika rumah tiba-tiba ‘blackout’ dan semua bekalan elektrik terputus, sudah pasti santan yang segar di dalam peti sejuk akan terjejas.

Kualiti santan akan terjejas jika masalah gangguan bekalan elektrik terjadi dalam tempoh yang lama dan berpanjangan.

Justeru, kali ini admin akan kongsikan berkenaan Tips Simpan Santan jika kediaman anda mengalami masalah gangguan elektrik supaya santan itu kekal segar.

Isi Kandungan

Tips Simpan Santan Ketika Tiada Elektrik 

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @pakman3590 dan menurut Pak Man, bahan terpenting dalam memastikan santan kekal segar adalah

  • Ais Batu.
  • Garam Halus.

“Insya-Allah 2, 3 hari boleh tahan,” kata Pak Man dalam video perkongsian tersebut.

Jom ikuti langkah mudah berikut.

Masukkan Santan Ke Dalam Satu Bekas Besar

Langkah pertama adalah letak santan segar yang hendak disimpan ke dalam bekas yang besar mengikut kuantiti santan yang mahu disimpan.

Masukkan Ais Batu 

Kemudian masukkan ais batu sehingga menutupi keseluruhan bahagian santan tadi.

Tips Simpan Santan

Masukkan Sedikit Air

Langkah seterusnya adalah dengan masukkan air sedikit sehingga santan di dalam bekas tadi tenggelam.

Kemudian, tambah ais batu lagi bagi memastikan ia tahan lebih lama.

Masukkan Garam Halus

Tips yang paling penting adalah tabur garam halus di permukaan ais batu.

Menurut Pak Man, garam halus tadi bertujuan untuk memastikan ais batu tahan lebih lama dan tidak mudah cair.

Teknik itu dapat membuatkan ais bertahan lebih lama dan menyejukkan santan segar agar tetap bertahan.

Tips Simpan Santan

Komen Pembaca Pada Perkongsian Video

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berterima kasih dengan perkongsian berguna tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah

“Terima kasih Pak Man kongsi ilmu berguna,” tulis seorang netizen.

“Terima kasih Pak Man kongsi petua. Semoga murah rezeki,” tulis seorang netizen yang mendoakan Pak Man selepas berkongsi tips mudah tersebut.

“Garam itu fungsinya untuk menurunkan suhu,” tulis seorang netizen yang berkongsi pendapatnya.

Tips Simpan Santan

Kredit Sumber: @pakman3590

Begitulah Tips Simpan Santan yang boleh dilakukan jika rumah anda ketiadaan elektrik dan semoga perkongsian Tips Simpan Santan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua di luar sana!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More