Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tips Solat Pada Waktu Walaupun Mempunyai Anak Kecil

Walaupun anak kecil tidak mahu berenggang dengan ibu bapa, kita tidak sepatutnya melengahkan solat dengan melayani segala kerenahnya sehingga terpaksa solat di penghujung waktu.

Berikut merupakan 6 tips solat di awal waktu walaupun kita mempunyai anak kecil. Semoga bermanfaat!

Isi Kandungan

Tips Solat Walaupun Mempunyai Anak Kecil.

tips solat

PEKA DENGAN WAKTU SOLAT

Dalam kesibukan menyelesaikan pelbagai tugasan harian termasuk melayani anak kecil sepanjang hari, biasakan diri untuk mengetahui waktu solat lima waktu. Sekiranya perlu, setkan ‘reminder’ pada ‘smart phone’ untuk mengingatkan kita tentang waktu solat setiap kali masuk waktu.

Dengan sikap peka terhadap waktu solat ini, kita dapat membuat persediaan yang lebih baik dalam merancang aktiviti seharian kelak.

BERSEDIA SEBELUM MASUK WAKTU SOLAT

Tips solat kedua adalah apabila kita peka dengan waktu solat, maka kita dapat bersedia awal dengan mempersiapkan diri kita dan anak kecil sebelum kita solat. Berikan anak kecil makanan, minuman atau susu dan salin lampin anak kecil terlebih dahulu sebelum kita solat. Selepas itu, barulah kita berwuduk dan solat.

Apabila anak kecil berasa selesa dan tidak lapar, ianya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan tahap meragamnya kelak ketika kita solat.

BIARKAN ANAK ‘SIBUK’

Maklumkan kepada anak kecil bahawa kita mahu solat sebentar dan biarkan anak kecil ‘sibuk’ di sekitar kita dengan permainan yang selamat, ‘soft book’ atau ‘busy book’ sementara menunggu kita selesai solat. Ini merupakan tips solat awal waktu yang baik.

Mungkin pada awalnya anak kecil ini agak sukar untuk memahami kita. Tetapi, lama kelamaan, dengan izin Allah, anak akan mula faham dan tidak menangis tatkala dibiarkan seketika untuk kita solat.

SELESAIKAN TUGASAN SEBELUM ATAU SELEPAS SOLAT

Seboleh-bolehnya, selesaikan perkara-perkara penting sebelum kita solat. Sekiranya kita tidak sempat melakukan atau menyelesaikan perkara tersebut sebelum solat, tangguhkan sebentar perkara tersebut dan solat terlebih dahulu kerana solat lebih utama.

Yakinlah bahawa tugasan tersebut akan dipermudahkan Allah apabila kita mengutamakan solat. Percaya atau tidak, kita juga akan mendapat ketenangan serta memperoleh keberkatan waktu di mana kita dapat menikmati masa yang lebih panjang apabila kita solat terlebih dahulu.

MOHON KEPADA ALLAH AGAR ISTIQAMAH

Pasakkan niat di hati untuk solat awal setiap hari. Sentiasa berdoa memohon kekuatan daripada Allah agar kita istiqamah untuk terus-menerus solat awal waktu.

Semoga kita dijauhkan daripada bisikan syaitan yang sentiasa berusaha menyuruh kita untuk menangguhkan, melewatkan atau meninggalkan solat.

INGAT, AJAL TIBA TAK KIRA WAKTU

Tips solat terakhir adalah ingat hanya Allah yang mengetahui saat ajal kita akan tiba. Sementara kita masih bernafas di muka Bumi ini, berusahalah untuk solat awal waktu.

Bayangkan seandainya nyawa kita ditarik tatkala kita masih belum sempat menunaikan solat yang sudah masuk waktu ketika itu. Kita melengah-lengahkan waktu solat sehingga tidak sempat untuk solat ketika nyawa diambil. Penyesalan kita ketika itu sudah tiada gunanya lagi.

TIADA ALASAN SOLAT DI PENGHUJUNG WAKTU

Dengan menjadikan solat di awal waktu sebagai rutin harian, kita pasti akan berasa janggal sekiranya secara tidak sengaja kita terlewat menunaikan solat.

Walaupun kita mempunyai anak kecil yang sangat memerlukan perhatian kita setiap masa, kita masih perlu menyegerakan solat kerana kita tidak akan tahu apakah yang akan berlaku kepada kita sebentar lagi.

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Tips Solat Pada Waktu Walaupun Mempunyai Anak Kecil ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Artikel lain: 6 Waktu Paling Mustajab Untuk Berdoa

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More