Sumber Rujukan Globalisasi Anda

2 Tips Tak Nak Bagi Botol Sos Kotor Dan Sos Meleleh

Tips Tak Nak Bagi Botol Sos Kotor hanya dengan mengikuti 2 tips mudah dan ringkas ini sahaja, masalah botol sos selalu kotor apabila ingin menuangkan sos yang pernah berlaku selama ini boleh diselesaikan.

Sos pencicah dalam pelbagai perisa, merupakan salah satu bahan penyedap makanan yang wajib ada di setiap dapur. Tidak kisahlah sama ada anda sudah berkeluarga, di rumah bujang mahupun asrama, sebotol sos wajib ada dalam simpanan masing-masing.

Namun, kadang-kadang niat kita untuk menggunakan sos terbantut apabila melihat keadaan botol yang comot dengan lelehan sos. Apabila memegang botol yang sudah comot, sudah tentu sisa-sisa sos ini akan terkena pada tangan dan kita berasa tidak selesa. Selain itu, sos yang meleleh pada bahagian luar botol juga terdedah dengan persekitaran sebelum menjadi kering. Jadi, sedikit sebanyak kita merasa khuatir sama ada sos berkenaan masih selamat digunakan atau sudah tercemar.

Jika termakan pula, kita juga merasa bimbang sekiranya ia memberi kesan kepada kesihatan seperti boleh menyebabkan kita sakit perut dan sebagainya. Lebih teruk, kesan comot turut menarik haiwan-haiwan perosak seperti lipas dan tikus untuk berlegar-legar di kawasan penyajian makanan. Ini menyebabkan tempat tersebut tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat penyediaan makanan dan boleh mencetuskan kes keracunan makanan.

Bagi mengatasi masalah leher botol sos menjadi comot, pencipta kandungan TikTok, Awang Dapur (@awangdapur) telah berkongsi dua Tips Tak Nak Bagi Botol Sos Kotor yang sangat berguna kepada pengikutnya.

Isi Kandungan

Tips Tak Nak Bagi Botol Sos Kotor

Pasti ramai yang memerlukan ilmu tentang Tips Tak Nak Bagi Botol Sos Kotor ini, bukan?

Jom ikuti tips dan cara berikut. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menggunakan cara ini hanyalah:

  • Tisu
  • Gunting

Tips Pertama: Buat ‘Baju Baby’ Pada Leher Botol

Pertama sekali, basuh permukaan botol jika terdapat kesan comot pada permukaan luar botol sos.

Kemudian, ambil pad kapas dan lipat beberapa kali sehingga menjadi kecil.

Selepas itu, ambil bahagian bucu lipatan dan letakkan pada bahagian tengah mulut botol sos.

Hal ini adalah untuk membantu kita membuat anggaran saiz mulut botol tadi pada lipatan tisu tadi.

Selepas membuat anggaran, potong tisu mengikut anggaran jejari pada muncung botol.

Setelah selesai memotong tisu, ambil bahagian luaran sahaja.

Akhirnya, sarungkan tisu ‘baju baby‘ tadi pada muncung botol sos tersebut.

Dengan ini, sos tidak akan terpalit pada keseluruhan badan botol.

Jika tisu tersebut sudah terlalu kotor dan comot, anda boleh melakukan langkah yang sama untuk menggantikan ‘baju baby’ pada bahagian tersebut.

Tips Tak Nak Bagi Botol Sos Kotor

Tips Kedua: Memutarkan Botol Sos Semasa Menuangkan Sos

Semasa menuangkan sos dari botol, pastikan anda memusingkan botol tersebut.

Dengan ini lebihan sos tidak akan meleleh pada badan botol sos.

Dengan memutarkan botol sos, anda juga dapat memastikan semua sos dapat dituang pada tempat yang sepatutnya dan tidak membazir.

Tips Tak Nak Bagi Botol Sos Kotor

Diharapkan dengan perkongsian Tips Tak Nak Bagi Botol Sos Kotor ini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah botol sos selalu kotor apabila ingin menuangkan sos yang pernah berlaku selama ini.

Semoga perkongsian Tips Tak Nak Bagi Botol Sos Kotor ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More