Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Angkara COVID-19

 

Tidak Menolak Pelanggan, Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Angkara COVID-19. | Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Disebabkan perintah ini dilanjutkan, kerajaan telah memberi kelonggaran 9 industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP termasuklah perkhidmatan gunting rambut dan dobi.

Mungkin kejadian ini boleh dijadikan iktibar bahawa tukang gunting rambut dan pelanggan turut mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.

TUKANG gunting rambut di Mississippi meninggal dunia selepas berterusan menerima pelanggan ketika pandemik Covid-19 masih menular.

Eugene Thompson dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kurang seminggu selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke- 46.

iHeart Radio memetik laporan Gossip On This melaporkan, Thompson meninggal dunia di Hospital St Dominic, minggu lalu iaitu hampir sebulan selepas disahkan positif jangkitan Covid-19.

Thompson yang juga pemilik kedai gunting rambut Taper Nation 1 dan 2 mengakui jatuh sakit menerusi Facebook miliknya pada 17 Mac lalu.

Keadaan itu memaksanya menutup kedainya selama seminggu.

“Kuarantin diri anda, jauhi daripada orang lain, tempat atau barangan.  Saya berasa sedikit sakit, demam dengan suhu agak tinggi jadi saya pergi lakukan pemeriksaan

“Untuk itu, TaperNation (kedai) ditutup selama seminggu untuk berehat ,” tulisnya ketika itu dan hantaran itu dimuat naik selepas Thompson memberi peringatan kepada bakal pelanggannya yang bercadang mendapatkan khidmat gunting rambut,” katanya.

Sementara itu, kakaknya, Dedra Edwarsa berkata, jururawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) St Dominic menghubunginya pada 12.22 tengah hari dan beritahu jantung adiknya terhenti serta tidak dapat menyelamatkannya.

“Memori terakhir dengannya adalah ketika melihatnya masuk ke dalam ambulans,” katanya.

Sehingga kini, Mississippi merekodkan lebih 2,000 kes jangkitan Covid-19 dan tiada perintah mandatori duduk di rumah dikeluarkan setakat kematian Thompson.

Namun, pihak berkuasa sudah mengarahkan orang ramai untuk menjauhi sebarang aktiviti perhimpunan sejak bulan lalu.

Kementerian Perdagangan Dan Industri (MITI) menjelaskan setiap syarikat di dalam sektor tambahan yang mahu beroperasi perlu membuat permohonan terlebih dahulu dan permohonan akan dibuka pada 13 April 2020, 9 pagi di miti.gov.my.

Namun sebarang servis tidak dibenarkan dibuka untuk kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Sementara itu buat anda yang mahu ke kedai gunting rambut selepas ini, pastikan anda tidak lupa untuk memakai topeng muka dan bersihkan diri selepas pulang ke rumah kediaman.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More