Sumber Rujukan Globalisasi Anda

“Sila Rujuk Surah Al-Hujurat Ayat 13”, Uncle Kentang Kecewa Dengan Mereka Yang Prejudis

Uncle Kentang menjadi figura kemanusiaan yang disanjung tinggi. Dalam menyalurkan bantuan atas nama kemanusiaan, sebaiknya tidak perlu ada jurang tentang warna kulit, bangsa mahupun agama.

Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri menuntut umatnya untuk saling tolong-menolong dan berbuat kebaikan sesama insan.

Seperti yang kita tahu, rakyat negara ini menikmati kehidupan dengan suasana unik kerana masyarakatnya berbilang kaum dan saling menghormati antara satu sama lain.

Dua figura kemanusiaan yang disanjung tinggi, Ustaz Ebit Lew dan Uncle Kentang sendiri telah membuktikan bahawa setiap orang layak dibantu, biarpun mereka bukan sebangsa dengan kita.

Isi Kandungan

UNCLE KENTANG TEGUR PIHAK YANG PERSOALKAN TENTANG MEMBERI BANTUAN KEPADA WARGA ASING

Hari ini, Uncle Kentang memberi sedikit ‘teguran’ mengenai persepsi segelintir orang awam yang bersikap prejudis terhadap mana-mana bantuan kemanusiaan yang dijalankannya.

Jelasnya, menolong insan yang bukan senegara dengan kita juga adalah satu keperluan. Bantuan tidak perlu memandang siapa.

“Sila Rujuk Surah Al-Hujurat Ayat 13”, Uncle Kentang Kecewa Dengan Mereka Yang Prejudis 1

“Kalau saya beri warga Indonesia kosong beras, apa salah saya? Bukankah rakyat Indonesia pun manusia?

“Mereka kongsi satu moyang dengan kita. (Iaitu) Adam dan Hawa. Hanya segelintir (yang) kecam, ramai yang sokong. Sila rujuk Surah al-Hujurat ayat 13,”  katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

‘Isi’ utama teguran beliau adalah tentang sikap prejudis dalam memberi bantuan melibatkan soal kewarganegaraan.

Padanya, kita sebagai rakyat Malaysia yang berdarah sama dengan Indonesia (dan lain-lain bangsa), seharusnya kena sedar bahawa semua manusia di dunia ini adalah satu keluarga yang besar.

Tidak sepatutnya pertolongan yang mahu diberikan itu terlalu perlu menilai akan perbezaan jenis bangsa dan agama.

Dalam masa sama, Uncle Kentang turut menjelaskan bahawa situasi ini telah pun dirakam dalam Al-Quran melalui firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat ke-13 yang bermaksud:

“Wahai manusia, sungguh Kami telah ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu bangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui dan Maha Teliti,”

Dalam pada itu, netizen turut bersetuju dengan pandangan Uncle Kentang. Masing-masing memberi sokongan kepada usaha murni serta keikhlasan Uncle Kentang walaupun beliau bukanlah seorang muslim. Netizen turut mendoakan semoga beliau diberikan hidayah dan memeluk islam.

uncle kentang

uncle kentang

Kesimpulannya, janganlah kita bersikap prejudis jika ingin membantu mereka yang memerlukan.

Baca juga di ruangan facebook beliau ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More