Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ebit Lew Belikan Tanah, Taja Gudang Untuk Anjing Dan Kucing

Ebit Lew belikan tanah, taja gudang buat anjing dan kucing. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew yang sangat disegani dan menjadi inspirasi buat rakyat Malaysia. Beliau terkenal dengan sikap pemurahnya yang selalu menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan. 

 

Terbaru, Ustaz Ebit Lew menerusi laman sosial facebook miliknya berkongsi tentang usaha beliau untuk membeli tanah dan menaja gudang buat 300 ekor anjing dan 130 ekor kucing. Menurutnya haiwan-haiwan tersebut telah kehilangan pemiliknya yang baru meninggal dunia disebabkan kanser.

30 TAHUN KUTIP ANJING DAN KUCING SAKIT, EBIT LEW BANTU ANAK ARWAH MAK INTAN

“Doakan ya. Ada seminggu lagi 300 ekor anjing dan 130 kucing tiada tempat tinggal tetap lagi. Saya nak sponsor gudang atau belikan tanah untuk semua anjing dan kucing ini. Saya tengah cari gudang atau tanah area Alor Setar”.
ebit lew

 

ebit lew

Ustaz Ebit Lew ketika membuat lawatan di kawasan tempat tinggal haiwan tersebut

ebit lew

Ustaz Ebit Lew turut merasai sendiri pengalaman memberi makan kepada anjing-anjing.

“Kasihan tengok 300 ekor anjing dan 130 kucing. Mak Intan baru je meninggal dunia minggu lepas kerana kanser. 30 tahun kutip anjing dan kucing sakit. Ubati, beri makan dan tempat tinggal. Ramai yang hantar pada mereka. Kini seminggu Mak Intan dah tiada anaknya menyambung usaha ibu bapa mereka. Beri makanan untuk anjing dan kucing ini.
Tanah ini akan diambil kembali untuk pembangunan 21 Feb ini. 7hari lagi”.
“Bandaraya ada bagi kawasan untuk disewa bagi tempoh 6bulan ditempat lain dengan syarat tertentu”.

 

“Tadi berbincang dengan keluarga arwah Mak Intan. Baik anak-anak Mak Intan. Terpilih buat kerja begini. Dah lewat petang. Saya nak sponsor tempat bagi semua anjing dan kucing ini
Terima kasih semua yang menyokong perjuangan Mak Intan dan keluarga. Terima kasih semua pimpinan masyarakat dan masyarakat sekitar”.

Anda juga boleh membaca di ruangan facebook Ebit Lew 

Akhir kata, semoga kita semua boleh mengambil iktibar dan mencontohi sifat beliau yang berbuat baik kepada haiwan, bukan sahaja sesama manusia.

Artikel Berkaitan : ‘Mualaf bukan alasan putuskan silaturrahim’ – Ebit Lew

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More