Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Unduk Ngadau Tetap Diteruskan Pada 31 Mei 2020

Unduk Ngadau diteruskan? Setiap tahun pada bulan Mei, Pesta Kaamatan diraikan  khususnya di Negeri Sabah.  Dalam kalendar sudah dimasukkan Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai sebagai Cuti Awam iaitu setiap 30 dan 31 Mei.

Setiap tahun juga , Pesta Kaamatan ini akan disambut meriah oleh semua rakyat di negeri Sabah, terutamanya suku kaum KadazanDusun. Perayaan ini turut diraikan oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

Pertandingan Unduk Ngadau atau Ratu Cantik merupakan  salahsatu acara popular dalam Pesta Kaamatan. Terdapat 35 buah daerah di Negeri Sabah, maknanya setiap daerah akan menghantar seorang wakil Unduk Ngadau untuk bertanding di KDCA, Penampang. Tapi itu sebelum munculnya si COVID-19.

Namun tahun ini, sambutan Pesta Kaamatan memang akan berbza dan tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya disebabkan wabak pandemik COVID-19 ini.

Unduk Ngadau Tetap Diteruskan Pada 31 Mei 2020 1
Unduk Ngadau Tetap Diteruskan Pada 31 Mei 2020 2

Walaupun begitu,  menurut berita Tempatan , Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berkata pertandingan Unduk Ngadau(Ratu Cantik)dan Sugandoi(Nyanyian) bagi tahun 2020 akan tetap diteruskan tetapi dengan sedikit perbezaan dengan mengambil kira SOP pengawalan penularan wabak Covid-19.

Antara kelainan yang ditetapkan adalah:

  • Pertandingan terbuka kepada seluruh warga sabah termasuk yang berada di semenanjung
  • Cara penyertaan dengan menghantar video rakaman ke Facebook Unduk Ngadau 2020 dan facebook Sugandoi Artist Management (SAM)
  • Pemilihan tujuh peserta akhir akan ditentukan melalui undian Online.
  • Penyertaan akan dibuka 25 mei dan ditutup pada 29 Mei 2020.
  • Pertandingan akhir akan dilakukan di bangunan Hongkod Koisaan, KDCA Penampang.

Hadiah bagi johan untuk Unduk Ngadau adalah ialah wang tunai RM18,000 manakala RM13,000 untuk naib johan, RM10,000 bagi pemenang tempat ketiga, RM7,000 (keempat), RM5,000 (kelima), RM4,000 (keenam) dan RM3,000 (ketujuh). Sementara itu tempat kelapan hingga ke-20 masing-masing akan mendapat RM2,000 dan RM1,500 setiap seorang bagi yang menduduki tempat ke-21 sehingga 65

Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai bagi Sugandoi 2020 pula ialah RM44,500 iaitu RM6,000 bagi johan, RM4,000 (naib johan), RM3,000 (ketiga).Bagi peserta tempat keempat hingga ketujuh masing-masing akan menerima RM1,000 manakala RM500 setiap seorang bagi tempat kelapan hingga ke-65. 

Pertandingan ini memperuntukkan hadiah sebanyak RM150,000.

KOTA KINABALU, 24 Mei  — Dua pertandingan utama Pesta Kaamatan, Unduk Ngadau (Ratu Cantik) dan Sugandoi (nyanyian), akan dilangsungkan secara dalam talian pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Kaamatan Peringkat Negeri 2020 Datuk Peter Anthony berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa tersebut hari ini, selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pemilihan untuk kedua-dua pertandingan ini akan dilaksanakan menerusi laman sosial Facebook bermula esok hingga 29 Mei.

“Untuk pertandingan Sugandoi, para peserta boleh membuat kiriman video di Facebook Sugandoi Artist Management manakala bagi Unduk Ngadau para peserta boleh membuat kiriman video di Facebook Unduk Ngadau 2020,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di sini.

Katanya Sugandoi akan diadili sepenuhnya secara dalam talian dan pemenang akan diumumkan pada 30 Mei ini, sementara Unduk Ngadau diadili melalui undian dalam Facebook bagi mencari tujuh peserta terbaik yang akan bertanding di Pusat Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) pada 31 Mei.

“Tujuh peserta akhir Unduk Ngadau berkenaan akan diadili oleh juri profesional dan ia akan disiarkan secara langsung melalui Facebook. Orang ramai tidak dibenarkan datang ke KDCA,” katanya.

Beliau berkata hadiah adalah sama seperti tahun lepas iaitu Ratu Unduk Ngadau akan membawa pulang wang tunai RM18,000 sementara tempat kedua RM13,000 dan ketiga RM10,000.

Bagi pertandingan Sugandoi pula, juara akan membawa pulang RM6,000, naib juara (RM4,000) dan ketiga (RM3,000). – BERNAMA

kredit : sabahpost

Pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoi 2020, Wajar atau Tidak?

Rata-rata respond netizen di media sosial tidak bersetuju pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoi diteruskan. Satu petisyen atau pungutan suara juga telah dibuat bagi menolak penganjuran pertandingan ini di change.org. Namun begitu, kedua-dua acara ini tetap diteruskan juga demi menyemarakkan semangat Kaamatan di Sabah, menurut Datuk Peter Anthony.

Penulis hanya mampu membaca dan ‘no komen’ setiap butiran komen-komen netizen di facebook. Masing-masing menyuarakan pendapat tentang acara Utama Pesta Kaamatan ini.

kredit :bestborneocarrental / sabahpost /BERNAMA (Picture)

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More