Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Vaksin COVID 19 : Keutamaan Kepada Guru Dan Pengamal Media

Vaksin COVID 19 fasa pertama diberi keutamaan kepada kelompok yang berisiko tinggi. Kerajaan mempertimbangkan pemberian vaksin covid 19 (Pfizer-BioNTech) fasa pertama ini kepada guru dan pengamal media kerana mereka antara kelompok berisiko tinggi yang melibatkan interaksi secara berdepan dengan orang ramai.

Guru yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi juga termasuk di dalam kategori berisiko yang bakal menerima vaksin COVID 19.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairi Jamaluddin Abu Bakar berkata,

pihaknya akan melakukan perbincangan lanjut dengan lebih terpinci bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berikutan permintaan yang tinggi dari pihak guru untuk mendapatkan vaksin COVID 19 terawal.

vaksin COVID 19

PERMINTAAN TINGGI VAKSIN COVID 19 FASA PERTAMA

Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan menerima banyak permohonan termasuk guru untuk memperoleh vaksin menerusi fasa pertama berikutan keputusan yang dibuat oleh KPM berkenaan dengan pembukaan sesi persekolan pada 1 Mac ini.

Selain itu, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan berkata, “Permintaan terbabit dilihat wajar memandangkan sesi persekolahan juga akan dibuka tidak lama lagi.”

“Pengamal media menjadi penyampai maklumat bagi pihak kerajaan terutama menjayakan program imunisasi ini yang berperanan penting sepenuh masa adalah satu keperluan mendapatkan vaksin fasa pertama ini,” ujarnya.

Beliau juga telah meminta Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin untuk menyenaraikan guru-guru berkenaan serta keutamaan penerima vaksin COVID 19 adalah kepada yang berdepan dengan risiko kesihatan jika dijangkiti.

Terdapat banyak permintaan bagi dua golongan itu dimasukkan dalam fasa pertama yang akan bermula pada 24 Februari ini.

Bagaimanapun agihan itu tertakluk kepada bekalan vaksin yang diperoleh negara bagi fasa pertama dan kajian risiko yang dilaksanakan.

Bekalan vaksin bagi fasa pertama hanya terdapat satu juta dos dan separuh 500,000 dos sudah diperuntukkan kepada barisan hadapan termasuk kakitangan kesihatan dan pasukan keselamatan.

Seramai 300,000 petugas kesihatan akan diberikan vaksin pada fasa pertama dan 200,000 pula melibatkan petugas barisan hadapan dan bukan kesihatan.

vaksin COVID 19

Sementara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkata keutamaan kerajaan kini bertumpu kepada petugas barisan hadapan.

Keperluan melindungi mereka daripada dijangkiti wabak adalah penting kerana dapat memastikan perkhidmatan kesihatan, pertahahan dan keselamatan negara berada di tahap yang optimum.

Kementerian Pendidikan telah diminta oleh kerajaan bagi menyenaraikan golongan guru yang berisiko tinggi untuk diberi vaksin terlebih dahulu.

Kerajaan juga turut memenuhi keperluan guru dan pengamal media berdasarkan bekalan vaksin COVID 19 bagi fasa pertama ini.

Perkara ini akan dibawa bagi membolehkan keputusan dibuat dalam mesyuarat dengan Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin.

Perbincangan bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai permohonan itu dan ia akan dibawa pada mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) Covid-19 minggu depan.

Sumber: Sistem Guru Online

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More