Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Vaksin COVID-19 Mungkin Tidak Akan Ditemui

UMUM sudah maklum dengan wabak pandemik COVID-19 ini. Langkah kerajaan yang memulakan Perintah Kawalan Pergerakan pertengahan Mac lalu sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat saat ini bukanlah cara untuk membasmi wabak ini serta-merta melainkan ianya bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dari terus menular.

Pihak yang berkenaan tidak akan menemui vaksin COVID-19 ini dengan cepat. walaubagaimanapun, kita berdoalah semoga vaksin untuk COVID-19 ini ditemui.

Sehingga itu, kita semua kena jalani kehidupan normal baru dengan mengutamakan kebersihan dan menjaga jarak sosial. Jika sebelum ini kita bebas ke sana ke mari, kurang mementingkan kebersihan, maka jadikanlah kebiasaan dengan menjaga kebersihan diri.

Amaran Mengenai Vaksin Covid-19

Berikut adalah amaran seorang saintis terkemuka Amerika Syarikat tentang vaksin COVID-19 yang tidak akan ditemui.

vaksin covid-19
Vaksin COVID-19 Mungkin Tidak Akan Ditemui 2

Namun, walau apapun kenyataan individu seperti saintis atau sesiapa saja, kita kena sama-sama berdoa semoga diberikan atau menemukan  ‘ubat’ atau vaksin untuk wabak ini. Amiiin.

WASHINGTON: Seorang saintis terkemuka Amerika Syarikat (AS) yang terbabit dalam penyelidikan inovatif berkaitan kanser dan HIV/AIDS memberi amaran bahawa vaksin COVID-19 ‘mungkin tidak akan ditemui’ ketika jumlah jangkitan di peringkat global meningkat kepada lebih 5 juta.

“Saya tidak meletakkan harapan (vaksin akan ditemui),” kata William Haseltine kepada Reuters.

Sebagai alternatif, Haseltine menyarankan negara-negara yang sudah melonggarkan perintah kawalan atau perintah berkurung untuk bergantung kepada pengesanan jangkitan dan langkah-langkah pengasingan yang ketat untuk mengawal penyebarannya.

Pendekatan itu terbukti berhasil di beberapa negara yang berjaya meminimumkan penyebaran, namun di seluruh dunia, jumlahnya terus meningkat.

Banyak pihak kini berusaha untuk membangunkan vaksin, antaranya Oxford University, selain sebuah firma yang berpangkalan di Massachusetts, Amerika Syarikat yang memaklumkan peringkat pertama ujian terhadap vaksin yang dihasilkan menunjukkan petanda positif.

Haseltine bagaimanapun mengingatkan vaksin yang berjaya dihasilkan sebelum ini gagal melindungi selaput lendir pada hidung, yang merupakan jalan utama bagi virus memasuki tubuh.

Walaupun ujian yang dibuat terhadap beberapa vaksin COVID-19 dikesan dapat mengurangkan viral load pada organ seperti paru-paru, namun jangkitan masih ada.

“Harapan kini terletak pada cara kita mengawalnya.

“Tanpa rawatan atau vaksin, virus itu masih dapat ditangani dengan cara mengenal pasti jangkitan, mencari dan mengasingkan individu yang telah dijangkiti.

“Orang ramai juga harus sentiasa memakai topeng, mencuci tangan, membersihkan permukaan dan melakukan penjarakan sosial,” kata Haseltine.

kredit : astroawani
 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More