Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Warna Pakaian Apa Yang Sesuai Ketika Cuaca Panas

Warna Pakaian Apa Yang Sesuai Ketika Cuaca Panas apatah lagi ketika bergerak dalam keadaan cuaca panat yang sangat memenatkan, lagi-lagi jika anda merupakan seorang pejalan kaki.

Keadaan cuaca terik sudah semestinya menyebabkan badan anda merembeskan banyak peluh.

Bukan itu sahaja, pemilihan pakaian yang kurang bersesuaian dengan keadaan cuaca panas turut memberikan rasa tidak selesa ketika berjalan-jalan.

Warna Pakaian Apa Yang Sesuai Ketika Cuaca Panas

Orang ramai dinasihatkan untuk memakai pakaian yang nipis dan memiliki pengaliran udara yang baik ketika cuaca panas.

Tahukah anda bahawa warna pakaian turut mempengaruhi tahap keselesaan pemakainya ketika cuaca yang terlalu panas. Jadi, Warna Pakaian Apa Yang Sesuai Ketika Cuaca Panas?

Warna Pakaian Apa Yang Sesuai Ketika Cuaca Panas

Ada petua yang menggalakkan orang ramai untuk memakai pakaian yang berwarna cerah ketika keadaan ekstrem ini.

Namun, bagaimana dengan warna lain pula? Adakah pakaian yang berwarna selain warna putih adalah tidak bagus untuk cuaca panas?

Institut Kebangsaan Pengajian Alam Sekitar di Jepun telah menjalankan eksperimen ringkas berkenaan topik ini.

Dalam uji kaji ini, para pengkaji telah memakaikan beberapa kemeja dengan warna yang berbeza pada patung-patung mannequin yang berlainan.

Kemudian, mereka membiarkan patung-patung tersebut di bawah cahaya matahari pada hari yang tidak mencatatkan apa-apa pergerakan angin.

Setelah dibiarkan seketika, bacaan suhu bagi setiap patung akan diukur bagi menentukan warna apa yang lebih ‘sejuk’ ataupun ‘panas’.

Sumber: National Institute for Environmental Studies

Keputusannya tidak mengejutkan apabila warna putih mencatatkan suhu yang paling rendah sekali gus dinobatkan sebagai warna paling ‘sejuk’.

Selepas itu, ia diikuti dengan warna-warna cerah seperti kelabu dan kuning yang mencatatkan suhu mirip dengan keadaan sekeliling iaitu, 30 darjah Celcius.

Manakala, kemeja berwarna gelap dengan jelas tidak menunjukkan bacaan suhu yang diingini. Kemeja hitam dan hijau mencatatkan bacaan suhu melebihi 50 darjah Celcius dalam masa lima minit sahaja.

Bacaan suhu ini melebihi bacaan asal dengan perbezaan lebih daripada 20 darjah Celcius ketika eksperimen ini mula dijalankan.

Menariknya, eksperimen ini asalnya dijalankan adalah untuk melihat sama ada pemakaian topeng pelitup muka berwarna hitam dalam cuaca terik dapat meningkatkan risiko strok haba.

Kesimpulannya, kemeja berwarna cerah merupakan pilihan terbaik bagi sesiapa yang ingin berjalan kaki dalan keadaan cuaca panas.

Diharapkan agar perkongsian tentang Warna Pakaian Apa Yang Sesuai Ketika Cuaca Panas ini mampu memberi anda ilmu baharu dan bermanfaat untuk anda serta anda dapat menjaga kesihatan dengan baik pada musim cuaca yang sangat panas kini. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More