Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 Fakta Menarik Mengenai Coklat Tetapi Pelik

Fakta menarik mengenai coklat adalah satu tajuk yang menarik dan disukai oleh pemca yang santai dan sering dicari-cari oleh pembaca.

Coklat sememangnya menjadi kegemaran semua peringkat usia. Ia diperbuat daripada biji koko.  Biji ini diproses dan ditambah dengan bahan-bahan penting dan perasa untuk dijadikan coklat seperti di pasaran.

Terdapat tiga jenis coklat asas iaitu Coklat Susu, Coklat Gelap, dan Coklat Putih.

Tahukah anda, terdapat pelbagai fakta menarik mengenai coklat yang kadangkala kita sendiri tidak terfikir akan kewujudannya.  Dikongsikan sepuluh fakta menarik mengenai coklat yang pelik yang jarang orang tahu.

Isi Kandungan

10 Fakta Menarik Mengenai Coklat

1. Sungai Coklat Sebenarnya Wujud

Sungai coklat  di dalam filem asal Willy Wonka & the Chocolate Factory  yang diterbitkan tahun 1971 itu diperbuat daripada 15 000 gelen air yang dicampurkan dengan coklat dan krim. Akibat campuran dengan krim tersebut, sungai tersebut rosak dengan cepat dan pelakon mendedahkan ia meninggalkan bau yang amat dahsyat.

Fakta menarik mengenai coklat

2.  Mata Wang Coklat

Pada zaman Mayan biji koko telah digunakan sebagai mata wang kerana ia dianggap bernilai lebih daripada debu emas.  Penanaman biji koko menjadi terhad supaya nilai biji koko sebagai wang tidak akan menurun.

10 Fakta Menarik Mengenai Coklat Tetapi Pelik 1

3. Coklat Putih Bukan Coklat 

Coklat putih bukan coklat.  Ia adalah terbitan coklat kerana ia tidak mengandungi pepejal koko tanpa lemak iaitu unsur utama bagi coklat mentah.

Semasa proses pembuatan, pepejal berwarna gelap daripada kacang koko dipisahkan daripada kandungan lemaknya. Lemak ini iaitu mentega koko, adalah satu-satunya bahan koko dalam coklat putih.

Kandungan coklat putih terdiri daripada mentega koko, gula dan pepejal susu dan mempunyai warna pucat kekuningan atau gading.

10 Fakta Menarik Mengenai Coklat Tetapi Pelik 2

4. Kewujudan Biskut Cip Coklat adalah Satu Kemalangan.

Pada tahun 1930, Ruth Wakefield menyedari dia kekurangan bekalan coklat dan  telah mencampurkan kepingan coklat Nestle ke dalam adunan biskutnya.  Beliau mengharapkan kepingan coklat itu cair dan menjadikan ia biskut coklat.  Sebaliknya, secara tidak sengaja telah mencipta biskut cip coklat, dan kemudian menjual idea tersebut kepada Nestle sebagai balasan untuk bekalan coklat sepanjang hayatnya.

10 Fakta Menarik Mengenai Coklat Tetapi Pelik 3

5. Coklat Anda  Makan Mungkin Mengandungi Pepijat

Menurut U.S Food and Drug Administration, kebanyakan makanan mempunyai pencemar semula jadi di dalamnya, tetapi dalam kandungan yang disifatkan oleh FDA adalah selamat.

Kebanyakan bar coklat mengandungi sekitar lapan bahagian serangga, tetapi ia masih disifatkan sebagai selamat untuk digunakan.  Sekiranya melebihi daripada 60 bahagian serangga per 100 gram coklat akan ditolak oleh FDA.

10 Fakta Menarik Mengenai Coklat Tetapi Pelik 4

6. Thorntons – Bar Coklat Terbesar di Dunia

Untuk meraikan ulang tahun ke-100, Syarikat Thorntons telah membuat bar coklat terbesar di dunia dengan berat memecah rekod iaitu 5,792.50kg.

10 Fakta Menarik Mengenai Coklat Tetapi Pelik 5

7.  Toblerone Permintaan Ramai

Permintaan Toblerone bar sangat tinggi setiap tahun.  Jika disusun jumlah Toblerone yang telah terjual itu dari jarak kilometer ke kilometer yang lain, mereka boleh menyusun sepanjang 62,000km yang mana ia lebih panjang daripada ukuran lilitan Bumi.

10 Fakta Menarik Mengenai Coklat Tetapi Pelik 6

8. Mati Akibat Terlalu Banyak Makan Coklat

Coklat mengandungi tahap perangsang yang kuat yang dikenali sebagai theobromine.  Pengambilan teobromina yang berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung, sawan, kerosakan buah pinggang yang serius, dehidrasi dan juga boleh membawa maut.

Dicadangkan purata untuk makan coklat adalah kira-kira 22lb coklat atau 40 bar sahaja.

10 Fakta Menarik Mengenai Coklat Tetapi Pelik 7

9. Orang Eropah Gemar Makan Coklat

Menurut Pertubuhan Koko Antarabangsa, negara Eropah menyumbang kepada hampir separuh pengambilan coklat di dunia.   Mereka menganggarkan purata Brit , Swiss, atau Jerman makan dalam lingkungan 11kg coklat setahun.

10 Fakta Menarik Mengenai Coklat Tetapi Pelik 8
White’s Chocolate House, London, c 1708.

10. Kerepek Celup Coklat Memang Wujud

Untuk masa yang terhad, Lay’s telah mengeluarkan produk kerepeknya yang dicelup dalam lapisan coklat susu dan dijual di Amerika. Kerepek tersebut mengabungkan rasa masin-manis, dengan tekstur daripada coklat cair panas dan cip rangup.

10 Fakta Menarik Mengenai Coklat Tetapi Pelik 9

Diharapkan perkongsian mengenai Fakta menarik mengenai coklat ini akan memberi manfaat dan pengetahuan yang baru kepada semua pembaca.

Artikel lain yang menarik untuk anda baca: Keistimewaan petai untuk kesihatan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More