Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 Fakta Pelik Mengenai Badan Manusia!!!

10 FAKTA pelik mengenai badan manusia yang ianya pelik tapi benar. Jarang-jarang dikalangan kita yang mengkaji apa yang ada di tubuh badan kita kan? Sebab itulah kadang-kadang kita akan kagum bila kita baca dan tahu akan apa yang Allah dah cipta pada jasad kita. Ok jom kita lihat 10 fakta ringkas pelik ini.

Isi Kandungan

1. Badan manusia terdiri daripada 60% air

Tubuh manusia terdiri daripada unsur-unsur termasuk hidrogen, oksigen, karbon, kalsium dan fosforus. Unsur-unsur ini berada dalam triliunan sel dan komponen bukan sel tubuh. Badan lelaki dewasa ialah kira-kira 60% air untuk kandungan air sebanyak 42 liter.

Ini terdiri daripada kira-kira 19 liter cecair ekstraselular termasuk kira-kira 3.2 liter plasma darah dan kira-kira 8.4 liter cecair interstitial, dan kira-kira 23 liter cecair di dalam sel. Kandungan, keasidan dan komposisi air di dalam dan di luar sel dikekalkan dengan teliti. Elektrolit utama dalam air di luar sel adalah natrium dan klorida, sedangkan di dalam sel itu adalah kalium dan fosfat lain.

10 Fakta

2. Sebanyak 25 juta sel baru akan dihasilkan oleh badan manusia setiap saat

Sukar untuk mengukur dengan tepat berapa banyak sel yang dibuat oleh badan anda pada hari tertentu. Jangka hayat setiap 200 jenis sel sangat berbeza, jadi tidak setiap jenis sel dihasilkan pada kadar yang sama.

Permulaan yang baik adalah melihat jumlah RBC yang dihasilkan setiap hari, kerana RBC adalah jenis sel yang paling banyak di dalam badan. RBC hidup selama kira-kira 120 hari, di mana ia dikeluarkan dari peredaran oleh makrofag di limpa dan hati. Pada masa yang sama, sel induk khusus menggantikan sel darah merah mati pada kadar yang hampir sama.

3. Jantung secara purata akan berdengup sebanyak 3 billion kali sepanjang hayat manusia

Jantung kita berdenyut dengan kecepatan yang berbeza-beza, bergantung apa yang sedang dilakukan tubuh. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak. Sebab itu, jantung berdenyut lebih cepat, 120 kali atau lebih seminit. Ketika sedang berehat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60 hingga 80 kali semenit. Semasa seseorang ketakutan atau stres, jantung berdenyut lebih cepat dari biasanya. Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetik sebanyak 3 billion kali tanpa berhenti. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia?

4. Mulut manusia akan menghasilkan 1 liter air liur setiap hari.

Berdasarkan fakta sains, air liur di dalam tubuh manusia diproduksi 1-2 liter perhari. Penghasilan air liur di dalam tubuh manusia bergantung pada adanya penyakit, keadaan fisik, dan psikologis mereka. Jika manusia dalam keadaan gugup, maka akan memproduksi lebih sedikit air liur. Dan sebaliknya jika air liur yang diproduksi lebih banyak iaitu ketika manusia makan makanan pedas.

5. Secara purata terdapat lebih kurang 67 jenis bakteria yang ada pada lubang pusat manusia.

Membersihkan pusat adalah hal yang perlu dilakukan secara teratur dan dengan cara yang betul. Dalam pusat, berkumpul banyak hal seperti bakteri, keringat, sabun, kotoran, debu, dan lainnya.

Dipetik dari Women’s Health, Sebuah penyelidikan di North Carolina State University mengungkap bahwa rata-rata dalam pusar terdapat 67 jenis bakteria. Oleh karena itu, pusat juga harus dibersihkan seperti bagian tubuh lainnya.

10 fakta

6. Paru paru disebelah kiri sebenarnya 10 peratus lebih kecil dari bahagian kanan.

Tahukah anda? Ternyata paru-paru sebelah kiri ukurannya lebih kecil dari sebelah kanan. Sebabnya, paru-paru kiri harus berbagi tempat dengan jantung, supaya cukup pas di dalam rongga dada.

Paru-paru ditempatkan di dekat jantung juga ternyata ada tujuannya. Agar ia boleh bekerjasama dengan baik serta sama-sama dilindungi dan dikelilingi oleh tulang rusuk.

7. Saintis menganggarkan hidung manusia mampu mengesan 1 trilion jenis bauan.

Tahukah anda bahawa manusia dapat membezakan lebih dari 1 trilion bau dan aroma. Menurut kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa deria menghidu manusia adalah sangat sensitif. Sebagai contoh, sewaktu anda berjalan di kawasan kedai makan yang penuh dan sesak, anda pasti akan terhidu bau masakan dan dalam masa yang sama anda turut akan mengecam bau lain yang berada di sekitar kedai.

8. Secara puratanya berat otak manusia sekitar 1.5 kilogram dan akan menjadi 0 kilogram jika memandu tanpa menggunakan signal.

Manusia mempunyai segala kelengkapan untuk berjaya dalam hidup. Faktor utama yang mempengaruhi kejayaan itu terletak di dalam kepala manusia. Dilindungi lapisan tulang berbentuk tempurung, otak manusia merupakan suatu permata paling berironi di dunia ini.

Otak boleh menyelesaikan masalah yang dicetuskan otak juga. Itulah keajaiban di sebalik suatu organ bernama otak. Nasib dunia ini boleh berubah kerana otak yang hanya 1.5 kilogram sahaja.

Sejujurnya semua mamalia mempunyai otak. Ada saja haiwan yang otaknya lebih besar daripada manusia, tetapi dalam aspek kepintaran, struktur otak lebih mempengaruhi berbanding saiz (Blackmore, n.d.).

9. Mata manusia bersamaan 576 megapiksel

Bila mata manusia adalah kamera digital, ternyata mata memiliki resolusi yang setara dengan 576 megapixels. Hanya saja, mata tidak seperti kamera dengan single frame snapshot, melainkan seperti video stream. Mata bekerja tanpa lelah, bergerak dengan cepat dan melakukan update image secara terus-menerus untuk mengirimkannya pada otak.

10 fakta

10. Kekuatan Rambut Manusia

Satu helai rambut mampu menampung berat sebanyak 99.2 gram. Ini bermakna satu helai rambut mampu mengangkat lebih kurang 4-5 batang coklat Kit Kat seberat 25g. Oleh kerana itulah ramai yang mempunyai kemampuan untuk menarik kereta dengan hanya menggunakan rambut.

Kredit Info : Facebook John Mohammed

Artikel Berkaitan: Punca Sakit Di Tapak Kaki Tapi Bukan Gout

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More