10 Khasiat dan Kebaikan Nenas Batu

Nenas batu dipercayai berasal dari sebelah timur tengah.
Nenas batu yang terbaik berasal dari negara Mesir. Nenas batu dari negara ini paling berkhasiat. Bentuknya juga lebih besar jika dibandingkan dengan nenas batu dari Malaysia.
Pokok nenas batu hampir sama dengan nenas biasa tetapi daunnya lebih kecil dan tirus. Pokoknya juga jauh lebih kecil daripada nenas biasa.
Buah nenas batu mempunyai ciri dan bentuk yang serupa dengan nenas biasa cuma ia bersaiz kecil dan bertangkai panjang.
Tips untuk membezakan nenas batu tiruan dengan yang asli :-
-
- Nenas batu asli akan menguncup sewaktu direndam
- Nenas batu tiruan akan kekal bentuknya seperti sebelum direndam.
Isi Kandungan
10 Khasiat dan Kebaikan
- Nenas batu ini sangat bagus untuk diamalkan oleh wanita tidak kira remaja mahupun sudah berusia sebagai jamu atau suplemen tambahan kerana ia mempunyai pelbagai kebaikan dan khasiat yang anda akan perolehi antaranya awet muda, mengurangkan masalah senggugut dan keputihan.
- Wanita yang baru sahaja bersalin atau dalam pantang, sangat digalakkan mengamalkan nenas batu ini secara seminggu sekali sahaja untuk membantu proses mengecutkan rahim dan secara tidak langsung dapat menjaga kesihatan rahim dan memulihkan tenaga selepas bersalin.
- Bagi anda yang mempunyai masalah kencing tidak lawas, kencing berdarah dan sakit batu karang serta buah pinggang, anda boleh terus mengamalkan nenas batu ini secara konsisten.
- Nenas batu sangat membantu untuk proses membuang angin dalam badan.
- Bagi wanita yang sudah berusia dan bakal berdepan dengan masalah putus haid atau menopause, nenas batu dapat membantu anda dalam mengurangkan kesan daripada masalah tersebut.
- Nenas batu dipercayai dapat membantu merawat strok dengan meminum dan menyapukan air nenas batu pada anggota badan yang terkena strok. Walaubagaimanapun tiada kajian saintifik yang dilakukan berkenaan perkara ini.
- Dipercayai dapat membantu untuk menyembuhkan penyakit buasir.
- Nenas batu dapat membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
- Bagus diamalkan sekiranya ada sering berasa letih dan lemah kerana nenas batu dapat membantu membuang toksin di dalam badan anda.
- Dengan mengamalkan nenas batu, ia dapat melancarkan perjalanan darah anda.
Cara Menggunakan Nenas Batu
- Basuh nenas batu sehingga bersih.
- Rendam nenas batu di dalam bekas yang berisi air panas yang mendidih.
- Pastikan anda membiarkannya selama satu jam atau sehingga anda melihat nenas batu itu kelihatan menguncup.
- Keluarkan nenas batu yang telah direndam. Sekiranya terdapat serpihan kelopak nenas batu, keluarkan atau tapis air rendaman tersebut.
- Air rebusan tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari bagi kesan terbaik. Bagus diamalkan pada setiap kali selepas bangun tidur. Jangan lupa untuk berselawat sebanyak 3 kali sebelum minum.
- Untuk pengetahuan anda, nenas batu yang telah direndam boleh digunakan semula. Anda hanya perlu jemur sehingga nenas batu kering dan boleh digunakan semula untuk minggu berikutnya.
- Sekiranya anda melihat kelopaknya tidak berkembang, ini menunjukkan khasiatnya sudah habis dan ia tidak boleh digunakan lagi.
- Nenas batu boleh digunakan sehingga setahun lebih tetapi bergantung kepada penggunaan.
Nenas batu bagus untuk diamalkan oleh lelaki juga wanita. Khasiat dan manfaat yang terdapat di dalamnya mampu membantu mencegah dan menjadi ikhtiar penyembuhan beberapa masalah kesihatan dalaman.