Sumber Rujukan Globalisasi Anda

6 Tempat Simpan Duit Di Rumah Yang Hebat

Nak mula menyimpan memang susah, tapi kalau dah jadi tabiat memang senang. Boleh mula dengan simpan di tempat pelik macam buku, almari pakaian, kotak kasut dan bawah tilam. Duit jadi rezeki terpijak waktu susah.

tempat

Isi Kandungan

6 Tempat Simpan Duit Yang Anda Boleh Buat

Celah buku

Rasanya ni paling ramai orang buat sebab tempat paling senang nak akses. Kalau ada buku yang dah habis atau jarang baca tu, bolehlah selitkan duit yang nak simpan dalam tu.

Cuma, kena ingatlah tajuk buku mana yang dah diletak duitnya. Takut lama-lama tinggal dalam buku kena makan pula dengan gegat yang suka duduk dalam buku macam ni!

Bawah atau dalam tilam

Anda boleh memilih sama ada nak simpan di bawah atau dalam tilam. Kalau guna tilam baru elok letak di bawah, sayang pula tilam tu nak digunting-guntingkan.

Jadi, anda hanya perlu alihkan saja bila-bila masa nak menyimpan. Tapi, kalau ada tilam lama, boleh buat ruang dan masukkan duit simpanan di belah dalam. Lagi besar tilam, lagi banyak lah duit boleh disimpan.

Dalam dinding

Jangan tak tahu, ada orang memang simpan duit dalam dinding. Dulu-dulu sebab dinding kayu, jadi senang nak selit duit kat situ. Tapi kalau rumah batu pun boleh juga nak buat jadi tabung, agak-agak ada dinding yang kosong tengah-tengah tu, tebuk lah buat lubang masuk duit.

Satu saja persoalan dekat sini, agaknya bila boleh pecah dinding nak ambil duit tu balik? Mungkin masa nak ubahsuai rumah, untung-untung ada duit tambahan nak beli perabot baru.

Bawah lantai kayu

Sekarang ni bukan rumah kampung saja yang guna lantai kayu, rumah moden pun ramai yang pakai lantai kayu sebab nampak eksklusif tau.

Jadi, pada yang rasa nak guna cara ni, cari satu bahagian di lantai kayu tu yang boleh dicabut untuk letak duit simpanan. Kalau boleh biarlah tempat yang tersorok macam bawah sofa atau bawah katil.

Bekas simpan beras

Yang ni kalau nak ikut memang kena bekas yang dah tak guna sebab takkan nak campur pula duit dengan barang dapur tu.

Bila dah ada bekas terus letak dekat tempat orang susah nak ambil atau nampak, nanti ada pula yang ingat nak ambil beras, sekali buka bekas ingat jumpa harta karun! Melepas orang yang menyimpan tu.

Laci pakaian dalam

Pelik tapi benar! Laci pakaian dalam memang ada orang guna untuk simpan duit sebabnya laci tu mana ada orang lain buka. Kita saja yang tahu ada apa dalam laci peribadi tu.

Kalau nenek kita dulu-dulu bukan setakat dalam laci, dalam pakaian dalam tu pun disimpannya duit. Kita tak cukup duit nak beli jajan, tiba-tiba nenek dah keluarkan duit dari dalam situ! Fuh, sekarang ada lagi ke?

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan 6 Tempat Simpan Duit Di Rumah Yang Hebat ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Artikel lain: Proton Besarkan Kilang Pengeluaran Di Tanjung Malim

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More