i-Suri KWSP: Intensif Kerajaan RM300 Untuk Suri Rumah & Ibu Tunggal!

Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut mengenai i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.
Isi Kandungan
Insentif i-Suri KWSP
Wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) kini boleh memilih untuk mencarum di bawah i-Suri serta menerima insentif khas daripada Kerajaan.
Kemudahan ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.
Ahli KWSP yang layak akan menerima insentif khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau telah mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.
Inisiatif ini bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh suri rumah, meningkatkan keselamatan kewangan mereka dan mengiktiraf peranan mereka yang tidak ternilai dalam masyarakat.


Faedah i-Suri
Antara faedah-faedah mendaftar akaun i-Suri adalah:
| Insentif Khas | Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa*. |
| Dividen Tahunan | Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan. |
| Bantuan Kematian | Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP. |
| Pelepasan Cukai | Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN. |
*Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu. Tertakluk kepada terma dan syarat Kerajaan.
Siapa Yang Layak Memohon?
Syarat kelayakan untuk mendaftar i-Suri adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Belum mencapai umur 55 tahun.
- Ahli KWSP.
- Wanita yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) berdasarkan senarai setakat 30 November tahun sebelumnya.
Cara Mendaftar i-Suri
Pendaftaran i-Suri bagi ahli yang tersenarai di dalam eKasih setakat senarai terkini boleh dibuat seperti berikut:
- Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan maklumat data eKasih setakat 30 November tahun sebelumnya.
- Pendaftaran kendiri melalui Aplikasi KWSP i‑Akaun atau Portal Web i-Akaun (Ahli) atau Pendaftaran di Self-Service Terminal (SST).
- Hadir ke Pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan / i-Suri (KWSP 16G (M).
Pendaftaran secara SST dan hadir ke Pejabat KWSP perlu disertakan dengan MyKad.
Kaedah Bayaran
Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.
Berikut adalah kaedah-kaedah yang ahli boleh buat untuk pembayaran, iaitu:
| Aplikasi KWSP i-Akaun | Pembayaran secara elektronik boleh dibuat melalui Aplikasi KWSP i‑Akaun atau Portal Web i-Akaun (Ahli). |
| Perbankan Internet | Pembayaran secara elektronik melalui: 1. Alliance Bank 2. Bank Islam 3. Bank Muamalat 4. BSN 5. CIMB Bank 6. Hong Leong Bank 7. Kuwait Finance House 8. Maybank 9. MBSB 10. Public Bank 11. RHB Bank 12. Ambank |
| Ejen Bank Berdaftar | Pembayaran secara elektronik / tunai juga boleh dibuat melalui Ejen Bank (EB) BSN. |
| Kaunter Ejen Bank | Pembayaran secara tunai / cek di kaunter Ejen Bank: 1. BSN 2. Maybank 3. Public Bank 4. RHB Bank – Hanya menerima pembayaran kad debit dan pindahan debit sahaja. |
| Pejabat KWSP | Pembayaran secara cek / draf bank boleh dibuat di Kaunter Peresitan Pejabat KWSP berikut: 1. KWSP Shah Alam 2. KWSP Kuala Lumpur 3. KWSP Ipoh 4. KWSP Seberang Jaya 5. KWSP Alor Setar 6. KWSP Kangar 7. KWSP Johor Bahru 8. KWSP Muar 9. KWSP Melaka 10. KWSP Seremban 11. KWSP Kuantan 12. KWSP Kuala Terengganu 13. KWSP Kota Bharu 14. KWSP Kota Kinabalu 15. KWSP Kuching Pembayaran secara Kad Debit disediakan di semua Pejabat KWSP. |
| Pasukan Mobile KWSP | – Pembayaran secara elektronik melalui Kad Debit. – Amaun bayaran caruman adalah tertakluk kepada had transaksi Kad Debit pembayar. |
| Self-Service Terminal (SST) | Bayaran menggunakan Kad Debit melalui payment terminal di Pejabat KWSP yang terpilih. Klik di sini untuk lihat lokasi SST. |
Had Caruman
Had caruman minimum adalah RM1, iaitu tertakluk kepada saluran pembayaran.
Had caruman maksimum adalah RM100,000 setahun, iaitu had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i‑Saraan, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan i-Suri ini, anda boleh disalurkan melalui Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03 – 8922 6000.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!



