Sumber Rujukan Globalisasi Anda

4 Sebab Air Kelapa Perlu Diamalkan

Air kelapa menjadi pillihan ramai untuk diminum apabila cuaca panas.  Rasa airnya yang enak dan menyegarkan.

Isi kelapa yang lembut dan rasa lemak manis, boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga boleh dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Dalam masyarakat Melayu terutamanya, kelapa tua diproses untuk dijadikan kelapa parut, santan dan minyak masak seharian.

Bukan itu sahaja, ia juga dipenuhi dengan beberapa nutrien dan mineral penting yang baik diamalkan untuk kesihatan anda.  

air kelapa
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Isi Kandungan

Inilah 4 Sebab Mengapa Perlu Amalkan Minum Air Kelapa

1#  Melegakan darah tinggi

Pengambilan air kelapa secara berkala dapat melegakan darah tinggi.  Isi kelapa kering (juga disebut kopra) dapat melawan keradangan dan menyembuhkan luka.

2#  Membantu usaha mengurangkan berat badan

Kandungan lemak dalam air kelapa sangat rendah, jadi pengambilan dengan kuantiti yang banyak tidak akan menambah berat badan anda.

Ia juga boleh menahan selera makan dan membuat anda merasa kenyang.

3#  Bagus bagi masalah sering kencing dan muntah

Ia juga mampu menggantikan elektrolit penting yang keluar di dalam badan jika anda mengalami masalah sering kencing dan muntah.

Jika anda telah makan dan minum berlebihan, minum air kelapa juga dapat membantu untuk mengurangkan ketegangan perut.

4#  Bermanfaat selepas senaman yang berpanjangan

Air kelapa merupakan minuman yang sempurna untuk memulihkan hidrasi dan mengisi semula elektrolit yang hilang semasa bersenam.

Elektrolit adalah mineral yang memainkan beberapa peranan penting dalam tubuh anda, termasuk menjaga keseimbangan cecair dalam badan.  Termasuk kalium, magnesium, natrium dan kalsium, masing-masing mempunyai fungsi yang tersendiri.

Dua kajian mendapati air kelapa boleh memulihkan hidrasi setelah bersenam, lebih baik daripada air dan minuman sukan elektrolit tinggi.

Pelbagai Khasiat

Kelapa murah dan mudah untuk didapati.  Terbukti airnya mempunyai pelbagai khasiat dan bagus untuk diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa. 

Ia juga bagus diamalkan oleh ibu mengandung yang sedang menunggu waktu melahirkan.

Semoga bermanfaat!

SUMBER : Wikipedia

Menarik untuk anda baca: Teh Hijau Sebelum Tidur : Idea Baik atau Buruk?

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More