Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Anak Jati Kelahiran Kelantan Dalam Radar Zamsaham

Anak Jati : Skuad Kelantan FC kembali rancak setelah kembali menemui rentak kemenangan dan mungkin akan menjuarai Liga Perdana 2022.

5 Anak Jati Kelahiran Kelantan

Kini khabar angin mula bertiup mengatakan 5 pemain kelahiran Kijang inj akan dipanggil oleh Bos Zam untuk memperkuatkan Kelantan FC pada musim hadapan. Pemain tersebut ialah:

1. Nik Sharul Azim

5 Anak Jati Kelahiran Kelantan
5 Anak Jati Kelahiran Kelantan

Nik Sharul Azim Ab Halim merupakan pemain di posisi bek kanan untuk skuad KL City FC musim ini.

Pemain kelahiran Rantau Panjang, Kelantan ini juga pernah menjadi sebahagian daripada skuad Kelantan yang memenangi kejuaraan treble pada 2012.

Bersama KL City FC, pemain yang mesra disapa Pok Nik ini sering menjadi pilihan utama Bojan Hodak dalam kesebelasan utama pasukannya.

Pengalaman bersama pasukan bergelar juara Zon Asia Tenggara (Asean) Piala AFC pastinya memberi kelebihan kepada Kelantan FC jika pemain bersama pasukan itu musim depan.

2. Faiz Nasir

5 Anak Jati Kelahiran Kelantan Dalam Radar Zamsaham 1
5 Anak Jati Kelahiran Kelantan

Faiz Nasir (Terengganu FC) Faiz Nasir merupakan pemain bahagian tengah untuk pasukan Terengganu FC dan cukup terkenal dengan kelajuan serta kelincahan menggelecek bola.

Malah, pemain berusia 30 tahun kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini pernah mendapat digelar sebagai ‘Messi’ kerana kelincahannya itu.

Bermain di bahagian tengah, Faiz mempunyai kemampuan tinggi dalam membuat hantaran cantik kepada penyerang.

Selain itu, dia juga mempunyai potensi untuk menjaringkan gol kerana memiliki rembatan yang padu dari luar kotak penalti menerusi kaki kirinya.

3. Luqman Hakim

5 Anak Jati Kelahiran Kelantan Dalam Radar Zamsaham 2
5 Anak Jati Kelahiran Kelantan

Siapa yang tidak kenal dengan nama Luqman Hakim Shamsudin yang kini beraksi bersama kelab Belgium, KV Kortijk.

Berusia 20 tahun, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini juga antara yang membantu aksi skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa.

Apa yang menarik mengenai Luqman Hakim adalah pengalamannya beraksi dalam liga di Eropah.

Selain itu, pemain ini juga cukup laju, mampu menggelecek dan mempunyai naluri yang tinggi dalam mencari gol.

4. Wan Zaharulnizam

5 Anak Jati Kelahiran Kelantan Dalam Radar Zamsaham 3

Wan Zaharulnizam Zakaria atau lebih mesra disapa sebagai Kecik merupakan tunjang utama untuk Melaka United (MU).

Bermain di posisi tengah, pemain kelahiran Tumpat, Kelantan ini berkemampuan untuk menggelecek pemain lain dengan baik.

Malah, pemain berusia 31 tahun ini juga antara yang menjadi pengemudi utama untuk serangan Sang Kancil.

Pernah beraksi untuk Kelantan FC pada musim lalu, tidak mustahil pemain ini akan berpatah balik ke Kelantan FC apatah lagi dengan kedudukan kewangan MU yang didakwa tidak stabil ketika ini.

5. Azwan Ripin

5 Anak Jati Kelahiran Kelantan Dalam Radar Zamsaham 4

Beraksi di bahagian pertahanan untuk Sri Pahang FC, Azwan Aripin boleh disifatkan sebagai pemain yang cukup kebal.

Bukan sahaja mampu bermain dengan baik di posisi pertahanan, pemain kelahiran Tumpat, Kelantan ini juga mempunyai kemampuan untuk menjaringkan gol.

Buktinya, pemain berusia 26 tahun ini menjaringkan gol yang cukup cantik ketika bertemu Penang FC sehingga ada yang merasakan golnya layak dicalonkan untuk anugerah Puskas.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More