Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Rahsia Gigi Sihat

Gigi sihat adalah menjadi idaman semua orang. Menjaga kebersihan gigi adalah penting demi memelihara gigi anda untukmendapatkan gigi sihat dan kuat.

Untuk mendapatkan gigi yang putih dan nafas yang segar, anda perlu untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut mengikut seperti yang disyorkan oleh doktor gigi.

Dengan menjaga kebersihan gigi dan  mulut, anda akan berasa lebih lebih yakin untuk bercakap dan berurusan dengan orang lain.

Isi Kandungan

Berikut dikongsikan lima rahsia gigi sihat :-

1.  Memberus lidah dan bahagian dalam mulut

Memberus lidah dan bahagian dalam mulut semasa memberus gigi adalah bagus diamalkan untuk menghapus bakteria di dalam mulut, mememelihara gigi agar lebih bersih dan sihat juga mengelakkan nafas berbau.

2.  Menjaga kebersihan berus gigi

Berus gigi yang tidak dijaga dengan baik memudahkan lagi untuk bakteria membiak dan kekal berada pada berus gigi anda.

Selepas memberus gigi, anda harus untuk membersihkannya dengan baik, kemudian menyimpan di ruang terbuka.  Berus gigi perlu disimpan dalam kedudukan tegak, bagi memastikan berus anda kering sepanjang hari untuk mengelakkan bakteria.

Dicadangkan, berus gigi diganti setiap tiga bulan sekali.   Walaubagaimanapun, apabila bulu berus telah rosak atau haus perlu digantikan dengan serta-merta.

gigi sihat

3.  Elakkan makanan dan minuman bergula

Selepas mengambil makanan dan minuman mengandungi banyak gula, anda dinasihatkan untuk terus memberus gigi bagi mengelakkan kerosakan gigi.

Sebaiknya, makanan dan minuman bergula ini harus dielakkan kerana boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan terutamanya kesihatan gigi anda.

4.  Pemeriksaan gigi secara berkala

Untuk mendapatkan gigi sihat, anda perlu menjada dari awal lagiJangan tunggu sehingga anda ada kerosakan gigi baru mahu berjumpa doktor gigi.

Pemeriksaan gigi perlu dibuat secara berkala.  Disyorkan 6 bulan sekali.  Ini perlu bagi mengetahui status kesihatan gigi anda.

5.  Menggunakan bahan berfluorida

Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh membuat enamel gigi anda lebih kuat dan lebih keras, serta mengurangkan risiko kerosakkan gigi.

Fluorida boleh di dapati dalam makanan dan air.   Fluorida juga boleh digunakan ke atas gigi oleh individu sendiri melalui ubat gigi dan bahan kumuran berfluorida .

Rawatan pergigian yang disediakan oleh doktor gigi juga menggunakan fluorida dalam bentuk gel, buih atau varnis.  Rawatan ini mengandungi tahap fluorida yang lebih tinggi berbanding yang terdapat di dalam ubat gigi dan bahan kumuran.

Hampir semua permasalahan gigi dan penyakit gusi boleh dicegah dengan amalan kebersihan gigi dan mulut yang baik.

Adalah diharapkan anda dapat mengamalkannya di dalam rutin penjagaan gigi anda dan lihat manfaatnya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Pergigian

Menarik untuk anda baca: 9 Khasiat Koko

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More