Sumber Rujukan Globalisasi Anda

9 KHASIAT KOKO UNTUK KESIHATAN

Koko atau nama saintifiknya Theobroma Cacao adalah daripada bahasa Yunani yang bermaksud makanan para dewa.  Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko.

Di Malaysia, tempat penanaman koko yang pertama ialah di Melaka dalam tahun 1778.

Tahukah anda terdapat pelbagai khasiat koko yang bagus untuk kesihatan sekiranya diamalkan.

khasiat koko
9 KHASIAT KOKO UNTUK KESIHATAN 2

Ini adalah KHASIAT KOKO yang menarik untuk di kongsikan  :-

1.  Secawan koko panas mengandungi 611 miligram daripada sebatian fenolik setara Asid Gallic (GAE) dan 564 miligram setara epicatechin flavonoid (ECE).   Asid Gallic yang tinggi antioksidan digunakan untuk merawat pendarahan dalaman, albuminuria dan kencing manis.

2. Kajian yang dilakukan di Universiti Cornell, antara khasiat koko lagi ialah kepekatan antioksidan di dalam koko panas adalah tiga kali lebih kuat daripada teh hijau dan empat hingga lima kali lebih kuat daripada teh hitam.

3.  Koko melambatkan penuaan kerana koko membantu mengurangkan kerosakan radikal dari kandungan antioksidanya.

4. Flavonoid di dalam koko membantu mencegah dari darah membeku atau arteri darah tersumbat.  Ia akan meningkatkan aliran oksigen di dalam darah dan otak sekaligus boleh membantu merawat sindrom demensia atau nyanyuk.

5. Koko juga dikatakan boleh mengurangkan hormon stress kerana kekayaan antioksidannya.

6. Flavonoid yang tinggi di dalam koko iaitu epicatechin dikatakan amat bermanfaat terhadap kesihatan kardiovaskular.  Ia membantu dalam mengurangkan risiko diabetis, kolesterol, penyakit jantung dan kanser kolon.

7. Terdapat kajian yang menyatakan koko juga berpotensi membantu merawat penyakit saraf tridgeminal termasuk migrain dan gangguan temporomandibular sendi kerana koko mengandungi ramuan aktif secara biologi yang melegakan saraf.

8. Koko juga mengandungi polyphenols iaitu bahan anti radang yang menghalang enzim tertentu terus ke usus kecil yang boleh menyebabkan keradangan.

9.  Penghadaman susu menjadi bertambah baik dengan adanya penambahan koko.

 

Mari kita manfaatkan khasiat koko ini tetapi sila pastikan anda memilih koko asli yang terbaik, dan tidak memilih koko proses yang mengandungi trans lemak serta gula yang tinggi juga membahayakan kesihatan.

Semoga bermanfaat.

 

sumber : wikipedia

Untuk mendapatkan banyak lagi info berkaitan Koko, anda boleh lawati laman sesawang Lembaga Koko Malaysia

Menarik untuk anda baca: 6 khasiat tomato

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More