Sumber Rujukan Globalisasi Anda

6 Cara Penjagaan dan Biakkan Pokok Fiddle Leaf Fig

Cara Penjagaan dan Biakkan Pokok Fiddle Leaf Fig  atau nama saintifiknya Ficus Lyrata tampaknya mendapat banyak sambutan dalam kalangan masyarakat kita.

Cara Penjagaan dan Biakkan Pokok Fiddle Leaf Fig
Fiddle Leaf Fig atau Ficus Lyrata

Nama spesies ficus ini diperolehi untuk bentuk daunnya. Mereka menyerupai lirik. Sesetengah membandingkan daunnya dengan biola, jadi nama jolokan bagi pokok fiddle juga dikenali sebagai ficus biola. Oleh kerana penampilan mewahnya, tumbuhan ini disukai oleh penanam bunga.

Tumbuhan ini milik keluarga mulberry dan berasal dari Afrika tropika. Di hutan liar, spesis lichid ficus boleh mencapai ketinggian sehingga 30 m.

Cara Penjagaan Ficus

Sebenarnya fiddle leaf fig ini adalah spesies tanaman hutan yang paling mudah dipelihara dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rumit. Apa yang menjadi kepentingan kepada habitat fiddle leaf fig ini adalah seperti berikut:

1. Pencahayaan

Kebiasaanya, Fiddle leaf fig dijadikan sebagai tanaman indoor. Walaupun ia tanaman indoor, tak bermakna ia seperti puteri lilin. Seperti yang telah dikatakan terdahulu, ia merupakan spesies tanaman hutan. Jadi, macam mana sekali pun pencahayaan terus diperlukan.

Jika di dalam rumah, anda perlu letakkan pokok fiddle leaf fig ini berhampiran dengan tingkap yang mempunyai cahaya matahari terus terutamanya waktu pagi. Jadi pastikan setiap hari anda perlu buka langsir pada sliding atau tingkap tu. Namun awas, jika anda lihat daunnya bertukar seakan terbakar atau berubah warna coklat itu petandanya pokok ficus anda sudah terdedah kepada lebihan cahaya matahari.

Daun terbakar

2. Penyiraman

Fiddle leaf fig merupakan tanaman yang tidak memerlukan air yang banyak. Jadi, jangan lah siram pokok nya setiap hari. Lakukan siraman 2 kali seminggu  sudah memadai atau jika perlu sahaja. Sebelum siram, dengan menggunakan jari anda, rasa tekstur medium tanaman dalam pasu fiddle leaf fig itu. JIka masih rasa lembap, tak perlu disiram. Pastikan sistem pengairannya adalah baik dan tidak terlalu banyak air yang tersimpan dalam tanah.

Petanda penyiraman berlebihan

3. Baja
Fiddle leaf fig tidak memerlukan pembajaan yang kerap sebab tujuan petanaman pun bukan untuk hasil buah atau bunga. Baja 2 minggu sekali sudah memadai. Air basuhan beras adalah idea yang paling ideal. Tidak perlu beli baja. Jika melihat hujung daunnya bertukar warna atau melecur, kemungkinan pokok ficus anda sudah terlebih baja.

4. Gembur

Pastikan medium tanaman sentiasa digembur. Paling tidak pun 2 minggu sekali. Sebelum baja, gemburkan dulu. ia bertujuan memperbaiki sistem pengudaraan dan saliran yang terdapat di dalam tanah.

5. Bersihkan daun

Memandangkan fiddle leaf fig ni menjadi indoor plant dan tidak pernah menerima siraman sepenuhnya dari hujung hingga pangkal pokok, anda perlu lap untuk hilangkan habuk yang melekat pada permukaan daun. Jika habuk dibiarkan meliputi permukaan daun, ia akan mengganggu proses fotosintesis dan mengakibatkan masalah kepada tanaman.

Untuk membersihkan permukaan daun fiddle leaf fig ni, anda hanya perlu ambik kain bersih yang telah dilembapkan dan lap perlahan-lahan pada permukaan daun. Mana daun yang sudah kelihatan kuning tu, buangkan sahaja.

6. Pemasuan semula

Pokok fiddle leaf fig ini adalah sejenis yang tidak sukakan pergerakan yang banyak. Jadi hanya tukarkan pasu apabila perlu sahaja. Untuk mengetahui masa yang sesuai untuk melakukan pemasuan semula adalah dengan melihat akar pokoknya sudah keluar atau terlalu sempit berada dalam pasu tersebut. Biasanya dalam 2 hingga 3 tahun sekali.

Pembiakan Ficus  melalui keratan batang.

Fokok fiddle leaf fig ni juga mudah dibiakkan melalui keratan batang.

1. Pastikan pokok atau dahan yang hendak diambil keratan batang sihat dan sebaiknya telah bercabang

2. Potong serong dahan atau ranting yang telah dipilih dengan ukuran 10 hingga 15 inic dari pucuk. Pastikan perkakas memotong yang digunakan tajam untuk elak dahan cedera dan mengundang ancaman penyakit

3. Buang semua daun dan hanya tinggalkan 2-3 helai sahaja di bahagian atas

4. Sediakan medium tanaman yang telah dicampur bersama baja dan penggalak tanaman

5. Cucuk dahan yang telah di potong tadi dalam dalam medium tanaman yang telah disediakan

6. Dah siap dan siram sepenuhnya medium tanaman. Letak di bawah teduhan yang kena sedikit cahaya matahari.

7. Kerap lakukan pemeriksaan untuk tengok sama ada pucuk baru terhasil mahupun tidak. Kebiasaanya perlu tunggu dalam 2 minggu hingga 1 bulan dari mula proses pembiakan kaedah keratan batang dilakukan. Kalau tumbuh pucuk baru atau akar kelihatan bercambah, ini bermakna tanaman berjaya dibiakkan.

Akar mula bercambah

Penjagaan pokok ficus bukanlah perkara yang paling mudah di dunia, tetapi anda pasti akan mendapat kepuasan dan ketenangan dari daunnya yang menghijau itu. Daun yang berkembang tidak hanya akan membuat anda merasa seronok, tetapi juga akan menaikkan lagi seri hiasan rumah anda bagi setiap kunjungan tetamu yang hadir. Tumbuhan ini pastinya memberi nilai tambah pada hiasan dalaman rumah anda.

Penutup

Itulah antara info yang boleh dikongsikan tentang Cara Penjagaan dan Biakkan Pokok Fiddle Leaf Fig. Diharap perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat yang besar buat pembaca.

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi terkini.

 

Anda juga mungkin berminat :

Cara Masak Daging Lembut di Makan, WAJIB Potong Arah Betul

CARA BUAT DONUT, untuk first time buat pun mesti menjadi!

Manis dan Berkhasiat, 8 Kebaikan Air Tebu untuk Kesihatan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More