Sumber Rujukan Globalisasi Anda

CARA BUAT DONUT, untuk first time buat pun mesti menjadi!

Isi Kandungan

CARA BUAT DONUT, untuk first time buat pun mesti menjadi!

 

Nak tahu CARA BUAT DONUT gebu dan mudah guna sukatan cawan? Apa yang untungnya kalau buat sendiri ni kita boleh adjust tahap kemanisan donut ikut selera tekak masing-masing.

Yang paling best, resepi ini tak perlukan anda untuk menguli. Simple sangat, insha Allah bagi yang kurang mahir pun boleh buat dan menjadi. Walaupun donut digoreng petang, donut kekal lembut aje sampai ke malam.

*Tips tambahan bagi yang baru belajar buat donut. Yis segera atau ada yang menggelarnya mauri-pan adalah bahan utama untuk menyediakan adunan ketika membuat donut. Yis ini diperlukan untuk menjadikan adunan yang diuli itu mengembang dengan sempurna sebelum boleh dimasak. Pastikan yis yang anda gunakan itu belum tamat tempohnya. Jadi boleh beli yang tunjuk tarikh tamat tempuh pada packaging yis.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT DONUT

  • 1 paket yis
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu teh garam

resepi donut tanpa uli

CARA BUAT DONUT

Ini pula adalah langkah membuatnya.

1. Satukan Bahan Basah

Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas.

CARA BUAT DONUT, untuk first time buat pun mesti menjadi! 1

Tunggu sehingga kembang. Sementara tunggu yis nak kembang boleh buat bahan kering.

CARA BUAT DONUT, untuk first time buat pun mesti menjadi! 2

2. Satukan Bahan Kering

Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan baking powder.

CARA BUAT DONUT, untuk first time buat pun mesti menjadi! 3

Ramas hingga sebati.

CARA BUAT DONUT, untuk first time buat pun mesti menjadi! 4

3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah

Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.

Nak tutup dengan plastic wrap/kain pun boleh.

CARA BUAT DONUT, untuk first time buat pun mesti menjadi! 5

4. Tunggu 1 Jam

Biarkan adunan tadi selama 1 jam.

Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.

CARA BUAT DONUT, untuk first time buat pun mesti menjadi! 6

5. Bentukkan Donut

Terapkan comel-comel.  Bolehlah gunakan kesenian jari-jari halus kalian untuk bentukkan donut mengikut saiz sesuai yang sesedap selera masing-masing

CARA BUAT DONUT, untuk first time buat pun mesti menjadi! 7

CARA BUAT DONUT, untuk first time buat pun mesti menjadi! 8

6. Gorengkan

Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas.

Inilah hasil gorengan penuh kasih sayang! Nampak tak kegebuan di situ?

CARA BUAT DONUT, untuk first time buat pun mesti menjadi! 9

7. Salut Gula

Akhir sekali, salutlah gula yang dikisar atau gunakan terus gula halus / gula kastor.

Nak bubuh topping lain macam coklat ke, boleh je. Ikut suka hati tekak masing-masinglah ya.

 

SELAMAT MENCUBA

OK bila dah siap, boleh di’ngap’. Senang, kan?

Cuba tau, jangan tak cuba!

Anda juga mungkin berminat CARA BUAT POPCORN ; Senang jer rupanya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More