Sumber Rujukan Globalisasi Anda

6 Sebab Kenapa Lelaki Diam Ketika Marah

Dalam masalah rumahtangga atau dalam hubungan, mesti ada yang pernah berada dalam keadaan yang keruh. Samada tentang hal yang remeh mahupun hal yang besar. Akan tetapi setiap perbalahan boleh bertukar menjadi kemanisan. Disini kami paparkan sebab – sebab kenapa lelaki diam ketika marah.

MINDA LELAKI BUKAN ‘MULTITASKING’

Kaum lelaki kalau diam tak semestinya dia marah atau tak minat.

Bukan seperti kaum wanita yang boleh ‘multitasking’ atau dalam bahasa lain, mampu membuat 2 atau 3 kerja dalam satu masa. Tahukah anda bahawa minda lelaki hanya boleh fokus satu perkara sahaja pada satu masa.

Kalau dia tidak hiraukan kita, boleh jadi dia sedang fikirkan tentang urusan atau masalah lain seperti konflik di tempat kerja atau kewangan bulan ini.

Sebagai wanita, berikan dia masa untuk bersendirian dan dekatinya dengan cara yang menyenangkan supaya dia lebih senang untuk diajak berbincang.

Hal ini kerana, apabila lelaki rasa disayangi, barulah dia juga akan bersikap lebih terbuka tanpa disedari.

PEREMPUAN LEBIH PANDAI BERCAKAP

Dalam satu hubungan, komunikasi mesti akan lebih memihak kepada perempuan kerana tidak lain dan tidak bukan memang sifat perempuan untuk lebih petah bercakap dan bersikap lebih terbuka.

Kebanyakan lelaki juga tidak biasa untuk berbahas soal percintaan atau emosi dengan orang lain walaupun dengan pasangannya sendiri. Bukan itu sahaja, kaum lelaki juga agak kurang untuk berkongsi emosi dan lebih memilih untuk berdiam bila bercakap tentang hal ini.

Jadi, pilihan untuk senyap ialah jalan mudah di samping dapat mengelakkan lelaki hilang rasa keyakinan.

JALAN SELAMAT

Pernah terfikir tak kenapa lelaki biasa cepat mengalah dengan perempuan?

Diam tu sebenarnya seolah-olah macam senjata mereka berbanding perempuan yang ‘handal berdebat’.

Lelaki akan gunakan teknik mendiamkan diri sebagai usaha untuk selamatkan diri dari masalah yang lebih besar dan untuk selamatkan hubungan.

TAK MAHU BURUKKAN KEADAAN

kenapa

Secara semulajadinya, lelaki diajar untuk hormat pada perempuan.

Namun, bukan mudah untuk lelaki bercakap dengan rasa hormat dan kawal kemarahan pada masa yang sama.

Bila lelaki tengah marah, berdiam diri adalah caranya untuk kawal perasaan dan dapat menjaga mereka daripada bertindak agresif secara fizikal.

Sebagai perempuan, bila berdepan dengan lelaki yang membisu, jangan pula paksa dia bercakap. Sebabnya, paksaan tu bukan memudahkan, sebaliknya membuatkan lelaki tak selesa, makin rimas, serabut, dan lagi susah untuk bercakap…

REFLEKSI DIRI

Kalau pasangan anda jenis pendengar yang baik, kalau dia diam boleh jadi yang dia tengah hadam kata-kata dari kita.

Ini ialah perkara yang baik kerana dia bukan sekadar dengar tapi dia juga cuba untuk faham.

Hubungan juga boleh jadi lebih baik kalau kita lebih bersikap terbuka untuk cari penyelesaian berbanding mencari salah pada pasangan.

‘EGO LELAKI’

Bila bab bercakap hati ke hati ni, lelaki pun ada ego mereka tersendiri.

Rasa tak mampu untuk bagi yang terbaik untuk orang yang dicintai memang cukup mengecewakan.

Oleh sebab itu, lelaki akan pilih untuk berdiam ego mereka yang tak mahu dianggap tak cukup bagus.

CUBA BERI SEDIKIT RUANG

Walaupun susah untuk ajak lelaki berbincang, tapi komunikasi mesti perlu dijaga demi mengekalkan hubungan. Berikan sedikit ruang supaya keadaan lebih tenang dan emosi lebih terurus.

Kemudian, ajaklah berbincang dengan cara yang baik supaya perbualan lebih terbuka dan berkesan. Yang penting, waktu kena sesuai dan tak memaksa.

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan 6 Sebab Kenapa Lelaki Diam Ketika Marah ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Artikel lain: Tips Solat Pada Waktu Walaupun Mempunyai Anak Kecil

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More