Sumber Rujukan Globalisasi Anda

7 Cara Terbaik Simpan Duit Ribuan Ringgit

Ramai anak muda zaman sekarang susah untuk menyimpan duit selepas mendapat gaji. Pengurusan kewangan memang langsung tidak tahu dan sentiasa bersikap boros.

Sikap seperti ini amat dikhuatiri kerana wang yang anda dapat hasil dari pekerjaan seharusnya disimpan untuk masa hadapan. Bukannya berbelanja tak ingat dunia. Jika tiada wang simpanan di usia remaja, pernah terfikir apa yang akan terjadi jika keluarga anda jatuh sakit dan memerlukan wang untuk merawat?

Siapa yang akan bantu keluarga ketika itu kalau bukan anda?

simpan

Dapat sahaja gaji, terus asingkan untuk simpanan dan baru guna untuk berbelanja

Bila anda harus asingkan untuk wang simpanan? Ikuti formula di bawah:

10% – Simpanan
10% – Takaful
10% – Emergency fund
70% – Belanja

Simpanan biar 10% atau lebih, jangan sesekali kurangkan. Manakala, jika anda ingin berbelanja pastikan biar maksimum sebanyak 70%.

Kalau boleh kurangkan menjadi 50%-60% sebenarnya lebih baik.

Simpan duit di tempat yang susah untuk anda keluarkan

Sebenarnya taktik ini sangat berguna lebih-lebih lagi untuk anda yang jenis boros. Paling baik simpan duit di tempat yang tak boleh guna kad untuk keluarkan duit. Contohnya, Tabung Haji, ASB, dan Emas.

Oh ya, bercakap tentang emas pula, adakah anda tahu bahawa orang dulu-dulu tak simpan duit kertas. Namun, mereka simpan kekayaan mereka dalam bentuk harta sebenar macam tanah kebun, emas ataupun rumah-rumah sewa.

Sebab menurut orang tua-tua, bila dapat duit, tukar duit ke dalam bentuk harta sebenar seperti emas, tanah dan sebagainya. Sebab semua itu akan membuatkan anda kaya dan juga boleh menjana hasil daripada harta-harta yang ada.

“Kalau berkerja, letak matlamat nak kumpul harta. Bukan sekadar cari makan”.

Tambahkan side income atau source of income

Zaman millennial sekarang sangat mudah untuk buat duit. Baik yang buat online atau offline. Janji ada ilmu dalam dunia perniagaan supaya tak ketinggalan dek zaman.

Mana tidaknya, abang jual burger tepi jalan pun mampu untuk menjana income ribuan ringgit, apatah lagi jika anda menjual barang kosmetik, perfume dan lain-lain.

Oleh itu, dari duit bisnes yang anda dapat bolehlah tambahkan simpanan. Apabila bisnes sedang mencanak naik, itu tandanya adalah waktu terbaik untuk simpan lebih banyak duit.

Potong segala jenis kad kredit. Ini merupakan salah satu cara yang paling berkesan.

Antara cara lain adalah hentikan serta merta segala penggunaan kad kredit. Lebih-lebih lagi untuk orang yang mempunyai nafsu yang tinggi untuk berbelanja kehendak.

Untuk pengetahuan anda, penggunaan kad kredit sebenarnya sedang menggunakan duit masa depan anda. Bahaya. Jadi, berbelanjalah mengikut keperluan bukan kehendak.

Banyakkan bersedekah. Bak kata orang putih, “The more you give, the more you get.”

Seperti biasa, rezeki datang dari Tuhan. Dia juga sudah berjanji bahawa jika satu kali anda bersedekah, 10 kali ganda Allah akan ganti. Jika tengah susah, tengah sakit, tengah sedih, buntu dan sebagainya, jalan yang terbaik adalah bersedekah.

Waktu yang terbaik untuk berbuat sedemikian adalah ketika waktu pagi. Boleh mula dengan bersedekah sekurang-kurangnya RM50 sehari.

Banyakkan berzakat

Banyak kepentingan zakat yang mungkin anda masih belum tahu. Antaranya ialah ia mensucikan harta anda. Ini kerana harta adalah ibarat seperti air, selagi mengalir selagi itulah ia bersih. Dengan berzakat, Allah akan membersihkan harta anda dari perkara haram dan shubhah.

Jika anda tidak keluar untuk berzakat, semakin bertambah hak orang lain dalam harta anda. Sebab dengan harta yang diperolehi inilah yang akan anda gunakan bagi menampung keluarga yang susah.

Jadi jika harta yang diperolehi tidak bersih, adakah apa yang anda dapat diberkati Allah?

Dapat keuntungan, laburkan duit tersebut

Contohnya melabur di pasaran saham. Jika anda masih tidak tahu, ini merupakan 6 tempat yang boleh anda laburkan duit anda iaitu:

1 = Tabung Haji
2 = Amanah Saham Bumiputera Financing (ASBF)
3 = Emas
4 = Akaun simpanan tetap (fixed deposit)
5 = Unit Trust 
6 = Saham

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan 7 Cara Terbaik Simpan Duit Ribuan Ringgit ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih.

Artikel lain: Idea Perniagaan Kecil Modal Rendah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More