Sumber Rujukan Globalisasi Anda

7 Tips Minum Air Kosong Untuk Kurus

Isi Kandungan

Apa Itu Air Kosong

Air Kosong atau air masak adalah minuman paling mudah untuk di dapati.

Tahukah anda dengan hanya mengamalkan minum air kosong  boleh menjadikan anda kurus?

Walaubagaimanapun, adalah ditekankan, apa sahaja cara atau tips yang ingin anda cuba, sila pastikan anda berdisiplin dan konsisten.  Barulah boleh mencapai target dan hasil yang diinginkan.

air kosong
7 Tips Minum Air Kosong Untuk Kurus 2

TIPS 1 – Sebagai Minuman Utama

Kurangkan minum air manis dan gantikan dengan minum air kosong sebagai amalan seharian.  Dicadangkan walau dimana anda berada, bawa botol air sendiri bagi memastikan anda minum air dengan secukupnya.

TIPS 2 – Tandakan Waktu Anda Perlu Minum

Caranya, tandakan pada botol setiap 1 atau 2 jam paras air yang anda perlu habiskan untuk jam itu.  Ini akan memudahkan anda untuk mengetahui dan pantau jumlah air yang telah anda minum.

Tips ini sangat sesuai bagi mereka yang payah untuk konsisten minum air ini.

Hasilnya, anda berjaya minum air secukupnya dan sekaligus membantu anda menurunkan berat badan!

TIPS 3 – Sebelum Makan, Minum Segelas Air Kosong

Dengan mengamalkan minum sekurang-kurangnya satu gelas air kosong sebelum makan.  Ia dapat mengawal selera dan menghadkan pengambilan makanan.  Ini adalah kerana apabila perut dipenuhi air secara tidak langsung selera makan anda akan berkurang

TIPS 4 – Amalkan Minum Sebaik Sahaja Bangun Tidur

Ini adalah penting, selain dapat mengurangkan risiko penyakit lain dan membantu proses pencernaan, minum air kosong sebaik bangun pagi juga merupakan salah satu cara yang membantu anda untuk kurang makan ketika sarapan.

Untuk lebih mudah lagi, sediakan botol air di sisi anda.  Sebaik sahaja bangun, anda boleh terus minum dan rasakan kesegaran kepada badan anda.

TIPS 5 – Minum Air Mengikut Berat Badan

Saranan minum 8 gelas sehari adalah lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai berat badan normal tetapi sekiranya anda mempunyai  berat yang berlebihan, anda perlu untuk minum lebih daripada jumlah tersebut.  Disyorkan untuk setiap 20 kg berat anda, anda perlu minum 1 liter air.

TIPS 6 – Minum Menggunakan Straw

Jika minum air menggunakan straw secara psikologinya tanpa sedar ia membantu anda untuk menghabiskannya tersebut kerana anda minum sedikit demi sedikit.

TIPS 7 – Minum Segelas Air Selepas Solat

Tips tambahan bagi yang beragama Islam, setiap kali selepas solat 5 waktu adalah digalakkan untuk mengamalkan minum segelas air.

Artikel lain berkaitan air kosong: Perbanyakkan minum air kosong

Menarik untuk anda baca: SAKIT JANTUNG PEMBAWA MAUT

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More