Sumber Rujukan Globalisasi Anda

8 Khasiat Kurma Terbaik untuk Kesihatan

Kurma mempunyai pelbagai khasiat. Ramai yang tidak tahu khasiat kurma yang boleh memberi kebaikan kepada kesihatan kita. Kurma menjadi makanan ruji di Timur Tengah dan Lembah Indus selama ribuan tahun. Negara Timur Tengah dan Afrika Utara menjadi pengeluar terbesar di dunia dan jumlah pengeluaran tahunan dunia berjumlah 8.5 juta tan metrik.

Di Malaysia, kurma popular dan menjadi permintaan ramai semasa bulan Ramadhan. Terdapat pelbagai spesis dan gred kurma yang ada di pasaran pada masa kini dan antara kurma yang paling diminati adalah ajwa, medjoul, dan mabroom.

khasiat kurma

Isi Kandungan

Khasiat Kurma

Disini dihuraikan  8 Khasiat Kurma Terbaik untuk Kesihatan yang  bagus dijadikan amalan dan sangat disyorkan dalam diet seharian anda.

1. Penuh dengan Khasiat

Kurma adalah buah yang sangat berkhasiat kerana ia mengandungi serat yang tinggi serta mempunyai beberapa vitamin, dan mineral juga antioksidan. 

Ia memberikan sumber tenaga pada anda kerana kandungan kalorinya adalah lebih tinggi berbanding kebanyakan buah segar yang lain.  Kebanyakan kalori dalam kurma datang dari karbohidrat dan beberapa protein, vitamin dan mineral yang penting disamping serat yang tinggi.

2. Kaya Serat

Antara khasiat kurma ialah kaya dengan serat yang tinggi.  Ia sangat bermanfaat untuk mencegah sembelit dan mengawal kadar gula dalam darah.

Di dalam setiap hidangan 100 gram kurma mempunyai 7 gram serat dan ia bagus untuk diamalkan bagi meningkatkan pengambilan serat dalam diet seharian anda .

Kurma sangat disyorkan bagi mereka yang mengalami penyakit diabetis atau kencing manis kerana kurma juga mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.  Serat dalam kurma membantu mengawal kadar gula dalam darah kerana ia melambatkan pencernaan dan dapat membantu mencegah kenaikan kadar gula darah. 

Menarik untuk dibaca: Khasiat serai wangi

3. Tinggi Antioksidan bagi Mencegah Penyakit

Kurma mengandungi khasiat antioksidan yang sangat tinggi.  Ia bermanfaat membantu mencegah perkembangan penyakit tertentu seperti penyakit jantung, kanser, Alzheimer dan diabetes.

Antioksidan mampu melindungi sel-sel badan anda dari radikal bebas yang boleh mengundang penyakit.

4.  Meningkatkan Fungsi Otak

Beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati pengambilan buah kurma boleh membantu meningkatkan fungsi otak.

Kurma bermanfaat membantu menurunkan keradangan dan menghalang plak daripada terbentuk di dalam otak, yang mana penting untuk mencegah penyakit Alzheimer.

5. Memudahkan Proses Kelahiran

Kajian mendapati kurma berpotensi membantu memudahkan proses melahirkan bayi apabila diamalkan dalam minggu akhir kehamilan.

Pengambilan kurma sepanjang beberapa minggu akhir kehamilan dikatakan boleh menggalakkan pembukaan serviks dan ia juga boleh membantu mengurangkan tempoh proses kelahiran.

Sumber gula dan kalori semulajadi yang baik dalam kurma juga membantu mengekalkan tahap tenaga ibu-ibu semasa proses kelahiran.

6. Pemanis Semulajadi

Kurma mengandungi fruktosa, iaitu sejenis gula semulajadi yang terdapat dalam buah.  Atas sebab ini, kurma berasa sangat manis.

Kurma amat sesuai dijadikan pemanis semulajadi yang sihat bagi mengantikan gula putih.

Pada masa kini, terdapat banyak industri pemprosesan mula menjadikan ia sebagai pengganti gula putih dalam pemasaran makanan atau minuman.

7. Bagus untuk Kesihatan Tulang

Kurma mengandungi beberapa mineral, termasuk fosforus, kalium, kalsium dan magnesium. Semua ini telah dikaji mampu mencegah penyakit berkaitan tulang seperti osteoporosis.

8. Mudah diamalkan dalam Diet Seharian

Tekstur kurma yang kering dan tahan lama, mudah disesuaikan dalam diet seharian bukan sekadar makan begitu sahaja malah ia juga boleh dijadikan salah satu bahan tambahan dalam pelbagai resepi masakan dan minuman.

Ia adalah snek yang sangat berkhasiat dan sangat sesuai diamalkan.

Walaubagaimanapun, adalah diingatkan untuk bersederhana dalam pengambilannya.  7 biji sehari adalah jumlah yang biasa disarankan.

Terbaik untuk Kesihatan

Sememangnya banyak kajian telah dijalankan berkenaan khasiat yang terkandung dalam kurma.

Pelbagai khasiat kurma dan kebaikan yang terkandung di dalamnya sangat membantu tubuh kita mendapat nutrisi yang baik. 

Dengan penerangan berkaitan khasiat kurma diatas, maka sangat disyorkan untuk anda semua menjadikan pengambilan kurma sebagai sebahagian dari makanan harian tetapi adalah penting untuk diperhatikan bahawa walaupun kurma mengandungi khasiat dan nutrien yang tinggi, eloklah kita mengamalkan konsep bersederhana dalam pemakanan kita. 

Astro Awani: Khasiat Kurma

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More