Bahan Pendidikan Untuk Semua

KHASIAT SERAI WANGI

Serai wangi adalah spesies serai perubatan dalam penjagaan kesihatan. Nama saintifiknya ialah Cymbopogon nardus atau ‘citronella’. Khasiat Serai Wangi tak terkira. Ia mampu melegakan kesakitan otot, bertindak sebagai anti septik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun.

Minyak serai wangi juga digunakan dalam rawatan aroma terapi yang didapati berkesan menaikkan semangat dan mengembalikan kesegaran minda. Bagi kebanyakan wanita dulu, selepas melahirkan anak, bidan biasanya memandikan mereka dengan air serai wangi. Ia bertujuan menghilangkan bau hanyir selepas bersalin, bau badan serta meningkatkan kesegaran badan.

Mengikut pengkajian yang telah dibuat oleh Institut penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), serai wangi mampu bertindak sebagai pembersih kerana tumbuhan itu mengandungi anti septik, anti ruam dan boleh menghindarkan gigitan serangga seperti nyamuk.

Minyak Citronella mempunyai haruman yang lebih segar, mesra alam dan bahan toksik yang rendah berbanding krim penghalau sintetik. Minyak tersebut juga berpotensi bagi menghasilkan produk lain seperti sabun, ubat-ubatan seperti minyak urut dan bahan penghalau nyamuk dalam bentuk lilin.

Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusan serai wangi dan dicampur gandarusa serta daun sirih sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan.

Serai Wangi juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.

Di beberapa negara, serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya.

Serai wangi tak sama macam serai yang digunakan dalam masakan. Daunnya lebih lebar dan berbau wangi. Tumbuhan ini mudah hidup. Selain bersifat wangi, ada beberapa lagi khasiat serai wangi untuk manfaat kesihatan:

1. Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senggugut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.

2. Agen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

3. Menurunkan tekanan darah
Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.

4. Mencantikkan kulit
Penggunaan daun serai juga sudah tidak asing dalam bidang kosmetik. Efek dari penggunaan kosmetik yang mengandung daun serai adalah dapat menghilangkan jerawat dan berfungsi juga sebagai penyegar wajah.

5. Mengubati infeksi kulit
Serai memiliki kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria. Kandungan tersebut berguna khususnya dalam mengubati infeksi(jangkitan) pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga banyak dipercayai dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti infeksi kulit, tipus, keracunan makanan, dapat juga menghilangkan bau badan.

6. Sebagai diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.

7. Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

8. Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

9. Serai sebagai ‘Pain Killer’
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

10. Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

11. Untuk wanita lepas bersalin
Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin.

Air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi

12. Agen halau serangga dan pencuci.
Boleh menghalau lipas, lalat, anai-anai, semut.(dijadikan pencuci lantai)

Banyak khasiat serai wangi ini. Hendak tanam juga mudah. Jika tanam di kawasan rumah, baunya sangat menyegarkan. Sebab itu orang dulu-dulu suka bercucuk tanam, hasilnya  nanti akan memberi banyak manfaat untuk semua.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More