Sumber Rujukan Globalisasi Anda

apa itu tppa? mengapa ia ditentang?

Isi Kandungan

Apa itu TPPA?

Ia merupakan perjanjian perdagangan bebas yang komprehensif merangkumi pelbagai skop seperti perolehan kerajaan, buruh, alam sekitar dan syarikat milik kerajaan. Malaysia sedia menjadi sebahagian daripada perjanjian perdagangan terbesar di dunia, selepas Dewan Negara meluluskan penyertaan Malaysia dalam suatu perjanjian kontroversial, iaitu  Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik  (TPPA) pada akhir Januari yang lalu.
Usul yang menyokong penyertaan Malaysia di dalam TPPA telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Negara dalam mesyuarat di Kuala Lumpur baru-baru ini. Usul yang sama juga telah diluluskan oleh Dewan Rakyat selepas dua hari bersidang.
apa itu tppa
Wakil daripada 12 negara bergambar selepas majlis menandatangani TPPA di Auckland, New Zealand pada 3 Februari, 2016. AFP / MICHAEL BRADLEY

Siapa yang terbabit?

11 negara terlibat ialah Malaysia, Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam, selain Amerika Syarikat.
Negara-negara ini mengeluarkan 40 peratus jumlah KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dunia bernilai AS$107.5 trilion (RM470 trilion), 26 peratus daripada jumlah dagangan dengan kira-kira 793 juta pengguna.
Pasukan perunding Malaysia diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad dan dianggotai oleh wakil daripada lebih 20 kementerian dan agensi.

Kenapa TPPA ditubuhkan?

Untuk menyediakan ruang dagangan sebebas mungkin dari mana-mana tarif, di samping mewujudkan set kuota perdagangan timbal balik.
TPPA merangkumi pelbagai barangan dan perkhidmatan, termasuk kewangan, telekomunikasi, malah tahap piawaian keselamatan makanan.

Apakah sebenarnya TPPA dan mengapakah ia merisaukan pelbagai pihak?

Jadi, apakah itu TPPA sebenarnya? TPPA adalah suatu cadangan perjanjian kawal-selia dan pelaburan serantau yang bertujuan untuk mewujudkan suatu landasan bagi menyepadukan ekonomi di rantau Asia-Pasifik.

Perjanjian bermula dengan cadangan penubuhan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik  (TPSEP atau P4), yang disertai oleh empat negara iaitu, New Zealand, Chile, Singapura dan Brunei.

Apa Itu TPPA
Gambar ehsan Imoney

Cadangan perjanjian ini kemudiannya disertai oleh Amerika Syarikat yang telah memainkan peranan dominan di dalam perbincangan perkongsian yang membawa kepada perluasan keahlian perjanjian tersebut. Selain daripada itu, Amerika Syarikat juga memainkan peranan utama di dalam penetapan agenda perjanjian tersebut.

TPPA di Malaysia: Apakah kesannya kepada kita?

Malaysia telah menyertai TPPA pada 2010 dan penyertaan ini dijangkakan akan meningkatkan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 5.6% dan meningkatkan kadar eksport negara sebanyak 11.9% menjelang tahun 2025.

Sektor industri yang akan menerima faedah daripada perjanjian ini adalah industri tekstil, pakaian, komoditi dan elektronik.

Walau bagaimanapun, kehadiran TPPA menimbulkan beberapa kebimbangan, seperti:

  • Peningkatan kos perubatan Perancangan TPPA dijangka akan memperkenalkan peraturan hak milik yang lebih ketat bagi melindungi harta intelek, dan ini mungkin membawa kepada monopoli syarikat farmaseutikal yang sedang memegang paten bagi sesuatu ubat. Ini akan menyebabkan harga ubat ditetapkan pada kadar yang tinggi. Dominasi ini juga akan menyekat penjualan ubat generik yang lebih murah di pasaran.Sehubungan dengan itu, pengguna perlu menggunakan produk perbankan seperti kad kredit yang memberikan pulangan tunai bagi pembelian produk farmaseutikal, bagi menampung kos perubatan yang lebih tinggi.Selain daripada itu, dominasi ini akan menyukarkan akses kepada rawatan bagi penyakit-penyakit berbahaya seperti HIV/AIDS, batuk kering dan kanser untuk golongan kurang berkemampuan di negara-negara TPPA yang sedang membangun (termasuk Malaysia).Pada awal tahun lalu, ahli Majlis AIDS Malaysia dan pesakit HIV positif telah membantah kerana mereka percaya kos ubat rawatan boleh meningkat dari RM500-RM600 sebulan ke RM3,600 sebulan, sekiranya TPPA dijalankan.Walaubagaimanapun, Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) menyatakan bahawa harga ubat-ubatan di Malaysia lebih terjejas oleh kadar tukaran mata wang asing dan cabaran ekonomi semasa, dibandingkan dengan TPPA.Menurut presiden persatuan  tersebut, Diong Sing Peng di dalam suatu temu bual bersama The Star pada Januari lepas, sehingga kini TTPA masih belum menunjukkan kesan ketara ke atas industri farmaseutikal tempatan.MOPI mewakili semua syarikat farmaseutikal utama tempatan yang mengeluarkan ubat-ubatan generik dan biosimilar.
  • Bagaimana pula nasib Industri Kecil and Sederhana (IKS)? Pemansuhan tarif boleh menyebabkan saingan di antara pengeluar dan petani tempatan dengan barangan tanpa tarif yang diimport daripada negara-negara TPP yang lain. Walaubagaimanapun, peruntukan yang dibuat di bawah TPP dapat membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk menembusi pasaran asing dan beroperasi merentasi rantau Asia-Pasifik. Ini menunjukkan yang TPPA mempunyai kesan negatif dan positif kepada IKS.Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, optimis yang perjanjian antarabangsa ini akan membantu IKS tempatan kerana ianya akan meningkatkan kadar eksport dan membuka peluang untuk IKS menembusi pasaran baru yang lebih besar dengan ahli TPPA yang lain.Beliau juga menyatakan bahawa kos operasi IKS akan berkurangan berikutan pengurangan duti import yang akan mengurangkan kos import bahan mentah.Di dalam ucapan penggulungannya untuk TPPA, Datuk Seri Mustapa Mohamed juga menyatakan bahawa syarikat bumiputera dan IKS akan masih diutamakan di dalam pemerolehan kerajaan.Beliau juga menjelaskan bahawa pembekal IKS tempatan akan diberikan peluang untuk menyertai pasaran pemerolehan di peringkat kerajaan negeri, seperti produk makanan, produk minyak masak, kain, sarung tangan getah dan komponen automatif.
  • Kerajaan tempatan mungkin mengalami kerugian Pelaksanaan TPPA akan menyokong kehadiran syarikat multi-nasional (MNC) dan ini akan memberikan kuasa kepada mereka untuk mengugat polisi dan keutamaan di peringkat tempatan dan nasional.Ini bermakna MNC menjangkakan bahawa mereka tidak akan terjejas dengan peraturan dan syarat yang tetapkan oleh kerajaan tempatan apabila mereka beroperasi di negara TPP. Contohnya, sekiranya kerajaan Malaysia mendapati bahawa terdapat bahan berbahaya di dalam suatu produk tembakau yang dipasarkan oleh sebuah MNC dan mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan produk itu, ini akan menjejaskan keuntungan MNC tersebut. MNC tersebut mempunyai hak untuk menyaman kerajaan di atas kerugian, berserta faedah yang mungkin ditanggung oleh syarikat tersebut sepanjang baki tempoh permit mereka di negara ini.Ini juga mungkin akan berlaku sekiranya Malaysia mengambil keputusan untuk memperketatkan dasar untuk syarikat seperti LYNAS pada masa hadapan.Lebih teruk lagi, perjanjian ini mungkin menyekat kuasa penggubal undang-undang dan menyebabkan Parlimen terpaksa menggubal undang-undang yang tidak akan menjejaskan keuntungan dan kelancaran perniagaan MNC di negara ini.

Namun Datuk Seri Mustapa menyakinkan bahawa kerajaaan tidak akan mengubah dasar-dasar utama negara setelah TPPA ditandatangani, terutamanya dasar berkaitan bumiputera dan perkara yang telah ditetapkan di dalam perlembangan persekutuan.

TPPA ditandatangani di New Zealand pada 4 Februari 2016. Datuk Seri Mustapa menyatakan bahawa perlaksaanaan TPPA akan disemak semula setiap tiga tahun selepas pelaksanaannya.

TPPA telah berkuat kuasa pada tahun 2018.

Sumber info: Imoney

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More