Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Evidens SKPMg2 Standard 4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Evidens SKPMg2 Standard 4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan ini adalah untuk dijadikan panduan serta idea khusunya buat para guru sekolah.

Sekarang ini, di hujung tahun ramai guru data dan guru ICT pastinya sedang sibuk memasukkan data maklumat sekolah ke dalam sistem nkra. Data-data ini dimasukkan ke dalam sistem hasil daripada feedback yang diberikan oleh guru-guru kepada urusetia yang bertanggungjawab memasukkan data ini.

Bagi guru-guru, perlu difahami bahawa setiap feedback ataupun markah yang diberikan perlulah hadir dan mempunyai evidens yang tersendiri. Para guru tidak boleh memasukkan markah secara rambang tanpa dapat mengemukakan evidens evidens tersebut. Evidens ini perlu disimpan di dalam sekolah kerana dikhuatiri pihak JNJK datang ke sekolah dan meminta semua evidens tersebut dikeluarkan.

Bagi standard 4 pembelajaran dan pemudahcaraan, terdapat beberapa aspek dalam standard ini yang perlu dihadirkan oleh pihak sekolah bagi mendapat markah yang baik.

Isi Kandungan

Evidens SKPMg2 Standard 4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan

1- Aspek 4.1 Guru Sebagai Perancang

Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc). Menyediakan rph, menentukan kaedah pentaksiran, menyediakan sumber pendidikan, menetapkan bilik/ruang sebagai tempat pembelajaran secara spesifik, mengikut keupayaan murid, peruntukkan masa dan arahan yang berkuat kuasa.

2- Aspek 4.2 Guru Sebagai Pengawal

Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan pdpc untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan dengan mengelola isi pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang kepada penyertaan aktif murid dengan menepati objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan dalam pdp dan mengawasi komunikasi dan perlakuan murid, menyusun atur kedudukan murid dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan secara berhemah, mengikut kesesuaian dan keperluan , secara menyeluruh dan berterusan.

3- Aspek 4.3 Guru Sebagai Pembimbing

Guru bertindak sebagai pembimbing untuk membolehkan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran dan memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran dan kemahiran, memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta menggunakan sumber pendidikan, dan menggabung isi pelajaran dengan kemahiran / mata pelajaran lain mengikut keperluan dan keupayaan murid dengan betul, tepat secara berhemah dan bersungguh-sungguh.

4- Aspek 4.4 Guru Sebagai Pendorong

Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran dengan merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif, mengemukakan soalan yang menjuru kepada pemikiran kritis dan kreatif dan membuat keputusan atau menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang untuk murid memimpin dan mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif pelajaran , mengikut keupayaan murid dan secara berterusan.

5- Aspek 4.5  Guru Sebagai Penilai

Guru sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan, membuat refleksi serta menyemak hasil kerja murid berdasarkan objektif pelajaran, mengikut ketetapan pelaksanaan pentaksiran yang berkuat kuasa, secara menyeluruh dan berterusan.

6- Aspek 4.6 Murid Sebagai Pembelajar Aktif

Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan nilai positif melalui memberi respon, berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti secara kolaboratif, berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, menyelesaikan masalah dan mengaitakn isi pelajaran dengan kehidupan berdasarkan objektif pelajaran, secara aktif , yakin dan berhemah.

Bagi mencapai markah yang terbaik dalam standard ini, terdapat beberapa perkara yang guru perlu sediakan sebagai evidens kepada murid. Antara evidens yang boleh disediakan oleh guru adalah seperti :

Aspek Dalam Standard 4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan

 Bahan Evidens 

 

 

Aspek 4.6 Murid Sebagai Pembelajar Aktif

 

Selain bahan di atas , banyak lagi evidens yang perlu disediakan oleh guru seperti ABM/BBM yang digunakan. Sila cetak slaid ataupun ambil gambar waktu pdp tersebut. Hasil kerja murid juga perlu disimpan oleh guru. Seeloknya simpanlah dua atau tiga contoh hasil kerja murid termasuk buku aktiviti, buku kerja, lembaran kerja, kertas peperiksaan dan pelbagai lagi. Gambar atau video ketika pdpc berlangsung juga boleh dijadikan evidens dalam standard 4 ini.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Evidens SKPMg2 Standard 4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Evidens SKPMg2 Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum

Nombor Kod Fail Sekolah Terkini Bermula 2020

Minit Mesyuarat Maklum Balas Format Baharu

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More