Sumber Rujukan Globalisasi Anda

1,800 individu tidak ‘muncul’ untuk divaksin Kelantan

KOTA BHARU: Kira-kira 1,800 individu warga Kelantan yang berdaftar dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi fasa kedua, gagal hadir ke pusat vaksinasi ditetapkan untuk menerima suntikan tersebut.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, dalam fasa kedua PICK, seramai 9,000 individu terdiri daripada warga emas dan golongan berisiko di seluruh negeri ini disenaraikan sebagai penerima vaksin.

“Perkara ini boleh menyebabkan pembaziran kerana apabila beg vaksin ini sudah dibuka, kita tidak boleh menyimpannya semula. Kita terpaksa juga cari orang lain.

“Disebabkan ramai tidak hadir dalam fasa dua ini, fasa ketiga yang sepatutnya bermula bulan ini ditangguh dulu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Gelanggang Seni, di sini hari ini.

Dr. Zaini berkata, menerusi PICK fasa pertama dan kedua, kira-kira 50,000 individu meliputi petugas barisan hadapan, pemimpin negeri, warga emas dan golongan berisiko telah menerima suntikan dos pertama dan kedua.

“Daripada hasil kajian, hanya dua peratus daripada 1.2 juta rakyat Kelantan menolak untuk divaksin menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai PKRC Gelanggang Seni, beliau berkata, PKRC ke-10 di negeri ini tersebut dilengkapi 30 katil klinikal serta 50 katil bertingkat dan ia dijadual beroperasi mulai petang esok (Isnin).

“Jika situasi Covid-19 di Kelantan bertambah teruk, PKRC Gelanggang Seni ini mungkin kita akan jadikan sebagai Hospital Medan,” katanya.-

Sumber UTUSAN ONLINE

Artikel lain: Garis Panduan Terkini Vaksin Bagi Ibu Hamil dan Menyusu

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More