Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ibu Hamil dan Menyusu Ada 3 Garis Panduan Terkini Vaksin Bagi

Untuk makluman, infografik di bawah ini adalah garis panduan terbaru ya. Tolong sebarkan pada semua yang berkenaan.

Jadi mak-mak yang menyusu badan, dah boleh dapat vaksin COVID-19 keluaran Sinovac dan AstraZeneca Oxford. Manakala ibu mengandung antara 14-33 minggu pula boleh mendapatkan vaksin Pfizer atau ditangguhkan terlebih dahulu sehingga selepas kehamilan.

Garis Panduan Terkini Vaksin Bagi Ibu Hamil dan Menyusu

Maklumat terbaharu mengenai kesesuaian vaksin covid19 untuk ibu bamil dan menyusu akan dimaklumkan secara rasmi dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan berasingan, menurut Dr Rusyainie, inshaa Allah dalam minggu hadapan, YB Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Penyelaras PICK akan mengumumkan tarikh dan masa untuk pendaftaran 1,000,000 vaksin COVID-19, jenis Vaxzevria dari AstraZeneca Oxford, untuk seluruh negara, kecuali Sarawak.

Menurut beliau, vaksin Vaxzevria akan dibuka pendaftarannya di laman vaksincovid.gov.my dan perlu didaftarkan di situ, walaupun pendaftaran telah dibuat di aplikasi MySejahtera.

Ini kerana pendaftaran di aplikasi MySejahtera adalah untuk giliran mengikut fasa yang telah dirancang oleh JKJAV.

Sekiranya pendaftaran berjaya, tarikh temujanji akan dimaklumkan kat aplikasi MySejahtera, sepertimana proses pendaftaran AstraZeneca sebelum ini.

Jadi, nantikan pengumuman tu ya. Yang AstraZeneca Oxford ni siapa cepat, dia dapat, ok.

Menurut Dr Rusyainie lagi, orang ramai dinasihatkan agar tidak pergi ke pusat pemberian vaksin untuk dapatkan suntikan bagi mengisi kekosongan individu kalau ada yang tak datang.

Ini kerana ia tidak dibenarkan. Tambahan pula, PPV sudah ada senarai nama menunggu mereka yang akan diagihkan.

Sumber Dr Rusyainie Ramli

Artikel lain: Skim Usahawan Terkesan COVID-19 Sehingga RM100,000

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More