Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TRW Kempunan, Lim Teong Kim Pilih Perak FC

TRW Kempunan : Perak FC berjaya mengikat bekas Pengarah Projek Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim untuk menjadi ketua jurulatih pasukan itu bagi musim 2023.

Menerusi satu kenyataan pada akaun Facebook milik Perak Football Club, bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu menandatangani kontrak selama dua tahun dengan pilihan memperbaharui kontrak untuk setahun lagi.

TRW Kempunan

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata sudah tiba masanya untuk skuad The Bos Gaurus menyusun semula pasukan selepas kekalahan berterusan dalam tiga perlawanan terakhir Liga Perdana.

TRW Kempunan, Lim Teong Kim Pilih Perak FC 1
“Perak FC terpaksa menjalani tempoh peralihan dan kami kini sudah menyelesaikan semua masalah yang timbul. Tiada lagi alasan untuk musim depan kerana kami mempunyai masa yang cukup dan jurulatih terkemuka yang ditambah dalam senarai kami.

“Matlamat utama kami ialah menstabilkan kelab, untuk mengekalkan status kompetitif kami dengan pengambilan skuad baharu.

“Pandangan Teong Kim dalam pengurusan akar umbi dan pengendalian pemain muda sangat penting kepada PFC dalam proses membina semula pasukan mampan yang boleh bersaing untuk merebut kejuaraan,” katanya.

Sebagai rekod, Teong Kim memiliki pengalaman melatih selama 12 tahun dengan pasukan Bawah 19 tahun (B-19) Bayern Munich dan melatih pemain-pemain seperti Thomas Muller, David Alaba, Toni Kroos dan Emre Can.

Pengalaman beliau juga termasuk berkhidmat di Bologna FC dan mengendalikan bakat seperti Nicola Sansone dan Roberto Soriano.

Di peringkat tempatan, Teong Kim pernah memegang jawatan Pengarah Projek NFDP pada 2013 dan dilantik sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pada 2016.

TRW Kempunan
TRW Kempunan

Dalam kenyataan sama, PFC turut mengesahkan pengendali ketika ini, Yusri Che Lah akan dipertanggungjawabkan untuk membangunkan skuad Bawah 23 tahun (B-23) bagi musim depan.

Sumber Berita Harian

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More