Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Zamsaham Saman Kafa 3.93 Juta

Kemelut isu hutang KAFA dengan Norizam Tukiman kembali hangat selepas Zamsaham melalui petikan Facebook beliau yang menyatakan KAFA masih berhutang dengan beliau sebanyak RM3.93 juta.

Zamsaham

“Saya sebenarnya nak diamkan sahaja,Tapi selepas ramai yg tanya,maka memang benar saya saman KAFA kerana gagal bayar hutang sebanyak RM3.93 juta. Asal hutang KAFA 3.8juta, naik ke RM3.93 juta sebab KAFA minta tambahan pinjaman. Tapi setakat hari ni satu sen pun belum pulang ke saya.”

Zamsaham

Tambah beliau lagi, “Saman KAFA termasuk guarantor dari KAFA dibuat sekalian. Mudahan TRW Kelantan FC dapat wangnya semula. Doakan Allah swt berikan kita kejayaan.”

Bagaimanapun, Setiausaha Agung KAFA Hussin Deraman berkata. KAFA hanya perlu membayar RM200K setahun saja kepada pemilik TRW KELANTAN FC, Zamsaham.

Zamsaham Saman Kafa 3.93 Juta 1


Hutang KAFA yang berjumlah RM3.8j itu juga difahamkan tiada had tempoh masa pembayaran ditetapkan oleh pemilik TRW KELANTAN.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More